(kiri) Victor dan Rockey (kanan)
KOTA KINABALU : Kerjasama berintikan persefahaman dalam keluarga GRS antara PGRS Tambunan dan PBS Tambunan, di lihat mampu membawa corak baharu dalam kancah politik daerah ini pada masa akan datang.
Langkah ini dimulakan dengan kunjungan hormat Ketua Bahagian PBS yang baharu, Dr Rockey Jerome Budin terhadap Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Dato’ Victor Peter Paut di pejabat Kumpulan Sawit Kinabalu pada Khamis.
Khabarnya, pertemuan dua pemimpin akar umbi itu berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat kekeluargaan GRS itu sendiri.
Kedua-duanya saling bertukar pendapat sambil menelusiri aspirasi akar umbi dan peranan parti masing-masing dalam usaha mengukuhkan lagi ikatan silatur yang sedia ada.
Tumpuan juga diutamakan kepada nilai kesejahteraan, impak kemajuan dan kehendak rakyat itu sendiri di masa kini.
Kedua-dua pihak nyata menitikberatkan soal kebajikan rakyat di peringkat akar umbi sambil mencari solusi yang terbaik.
Victor dan Rockey turut berpendapat bahawa kesiapsiagaan GRS perlu sentiasa kukuh dan teguh di Parlimen Keningau menjelang PRU16 yang akan datang.



