ADVERTISEMENTspot_img

Kerangka Manifesto GRS Fokus kepada dua komponen : Armizan

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan bahawa Kerangka Manifesto untuk Pilihan Raya Negeri akan datang akan digerakkan berpaksikan dua komponen utama, sebagai kesinambungan perjuangan dan reformasi pentadbiran negeri.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dua komponen tersebut adalah empat Teras Perjuangan GRS – Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Katanya Status Kemajuan Ikhtiar Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 – sebagai simbol komitmen GRS terhadap pelaksanaan dasar (walk the talk) dan kesinambungan usaha pembangunan (work in progress).

“Manifesto GRS bukan sekadar janji, tetapi dokumen komitmen berasaskan rekod pencapaian dan hala tuju masa depan. Ia menzahirkan tekad untuk terus membela dan memajukan Sabah,” katanya.

Beliau menjelaskan, di bawah teras Sabah United, GRS turut mengangkat agenda pembaharuan tadbir urus negeri. Salah satu langkah signifikan ialah cadangan penetapan had pentadbiran Ketua Menteri kepada dua penggal berturut-turut, yang telah dipersetujui oleh Kabinet Negeri GRS + PH Plus pada Disember 2023.

“Reformasi ini memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sabah dan hanya boleh dilaksanakan dengan sokongan dua pertiga majoriti ahli Dewan Undangan Negeri. Justeru, kemenangan besar dalam PRN akan datang adalah penting,” katanya lagi.

Armizan menegaskan bahawa GRS komited untuk membina sebuah negeri yang bukan sahaja maju secara fizikal dan ekonomi, tetapi juga dipimpin dengan tadbir urus yang berwibawa dan berintegriti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN