ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat: Flovia

Flovia menyantuni penghuni Rumah Sinar Pelangi, Lahad Datu, di sini pada Sabtu.


LAHAD DATU: Rakyat Sabah beruntung kerana berada di bawah naungan sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dari segenap lapisan masyarakat.


Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk Flovia Ng berkata, usaha dan dasar inklusif yang dilaksanakan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal atau terpinggir.


Flovia yang juga ADUN Tulid berkata demikian semasa merasmikan Program Menyantuni Anak-Anak Asnaf dan Warga Oku Rumah Sinar Pelangi, Lahad Datu di sini pada hari Sabtu.


”Program sebegini adalah bukti nyata bahawa kerajaan terus mendukung prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan sejagat.


”Saya percaya, melalui program seperti ini, kita bukan sahaja dapat memberikan sokongan moral dan keperluan fizikal kepada anak-anak ini, tetapi juga menyemai harapan, membina semangat dan memperkukuh integrasi sosial antara masyarakat.

Pegawai sedang menerangkan latar belakang salah seorang penghuni


”Sesungguhnya, penglibatan aktif NGO wanita dalam program kebajikan seperti ini adalah cerminan kasih sayang dan semangat keprihatinan yang tinggi terhadap komuniti yang memerlukan,” katanya.


Flovia menambah, inisiatif ini bukan sahaja membawa sinar kebahagiaan kepada anak-anak asnaf dan warga OKU, malah memperkukuh jaringan sokongan sosial yang amat diperlukan.


Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, khususnya Persatuan Kebajikan Wanita Lahad Datu yang telah berusaha menganjurkan program ini, dan beliau menyokong komitmen dan keprihatinan mereka.


”Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Rumah Sinar Pelangi serta semua pihak yang terlibat.


”Tidak lupa juga, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin di peringkat daerah, yang sentiasa peka dan cakna terhadap keperluan golongan rentan, termasuklah anak-anak asnaf serta individu berkeperluan khas,” katanya.


Turut hadir, Ketua Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty bin Mohd Dzul, Pengarah JKM Am Sabah, Jais bin Jasri, Ketua Penguasa JKM Lahad Datu, Sharol bin Haji Sari, Pengerusi Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu, Tuan Sampadan, Ketua Persatuan Kebajikan Wanita Lahad Datu, Puan Paridah Ajie dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN