25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan sentiasa berikan keutamaan kepada sektor pendidikan.

Robert (tengah) menerima cenderakenangan daripada Guru Besar SK Binaong Puan Haini Haji Suparno. Turut kelihatan Masly (dua dari kiri)

KENINGAU:Kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada sektor pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, banyak transformasi dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan agar ia boleh melahirkan insan yang berkualiti.

“Bagi pihak kerajaan kita sentiasa menyokong dan membantu  pihak sekolah memgikut kemampuan kita” katanya semasa berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Dan Penyerahan Pintu Gerbang Sekolah Kebangsaan Binaong dekat sini hari ini.

Robert yang juga Pembantu  Menteri Kerja Raya berkata, dalam memajukan sekolah kerjasama dan tanggungjawab perlu dipikul bersama oleh pihak sekolah dan juga ibubapa murid.

Robert memotong riben sebagai tanda rasmi majlis itu.

Ini katanya, bermaksud apa juga program yang dianjurkan di peringkat sekolah memerlukan kerterlibatan daripada ibubapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Pandangan yang bernas boleh disalurkan melalui medium yang betul untuk kebaikan bersama. Tidak salah berbeza pendapat asalkan ianya akhirnya memberikan kebaikan kepada pihak sekolah itu sendiri” jelasnya.

Menurut Robert, keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah antara lain merupakan aspek penting yang menunjukkan keberkesanan kepimpinan dalam sekolah

Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip, Guru Besar Puan Haini Binti Haji Suparno dan Yang Dipertua PIBG SK Binaong Sazaki Mohd Zain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN