ANWAR ketika mendengar sesi taklimat Smart City Labuan oleh Huawei di Wisma Perbadanan Labuan.
LABUAN: Kerajaan Madani Sedang mengkaji Labuan Smart City yang memberi manfaat kepada teknologi 5.5G yang pertama seumpamanya di rantau ini antara yang menjadi perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, perkara itu merupakan antara komitmen Kerajaan Madani dalam memanfaatkan inovasi dan teknologi demi pembangunan ekonomi negara yang berjaya saing.
“Hasil daripada taklimat pihak Huawei dan Maxis menunjukkan proff of concept atau POC (bukti kebolehlaksanaan) mengenai sistem Smart City yang memanfaatkan 5G Advance atau 5G yang mana kelajuan jalur lebar 10 Kali ganda Jumlah ketersambungan.
“Ini adalah kemampuan yang baik di peringkat POC, hasilnya tadi Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), minta kita teruskan penelitian dan lihat manfaat untuk program ini” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat POC Labuan Smart City di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.
Turut hadir mengiringi Anwar pada sesi taklimat itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah), Dr Zaliha Mustafa dan Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.