26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kepulangan juara Bahas Guru Peringkat Kebangsaan disambut meriah

LABUAN: Kepulangan kumplan  bahas yang  menjuarai Pertandingan  Bahas Guru  Piala Ketua Pengarah  Pendidikan Malaysia (KPPM) 2023 disambut meriah oleh warga pendidik dan ahli keluarga peserta  setibanya di terminal Lapangan Terbang Labuan, pada Rabu.

Lima peserta yang berjaya mengharumkan nama Labuan khususnya Jabatan Pendidikan Labuan itu ialah Nadia Mohd Yunus (SK Pekan Dua),  Hasnan Md Saad (SK Lubok Temiang), Mohd Asyraf Abd Hamid (SK Sungai Bedaun) ,Fakhrullah Akmal Kamal (SK Patau-Patau) dan Sharania Gunasegaran (SMK Pantai)

Kumpulan pembahas Labuan yang berada di barisan pembangkang dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan kumpulan pembahas dari Pahang  membawa pulang hadiah  sebuah piala dan wang  bernilai RM10,000 serta sijil.

Lebih manis lagi apabila pembahas mereka, Nadia Mohd Yunus turut dinobatkan sebagai pembahas terbaik untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Terdahulu, pembahas Labuan menewaskan pasukan Perak di peringkat suku akhir.

Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Pembahas Labuan,  Zaliha Salleh  berkata, pasukanya sentiasa berada dalam keadaan berkobar-kobar dan cekal untuk menghadapi pasukan lain yang lebih hebat dan berjaya mengenepikan  cabaran  beberapa pasukan pilihan seperti Selangor, Johor, Perak dan Melaka seterusnya berjaya  ke peringkat akhir sebelum dinobatkan sebagai juara.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Yusop Mohammad yang turut berada di lapangan terbang Labuan bersama pasukan  bahas itu menyifatkan kemenangan  mereka membawa pulang piala berprestij  dalam Kementerian Pendidikan  senbagai imej keunggulan daya intelek yang baik dan daya berfikir guru-guru di Labuan.

TAMAT

GAMBAR:

  1.  YUSOP (berdiri tengah) bersama pasukan bahas Labuanyang dinobat sebagai johan Bahas Guru Piala KPPM 2023.
  2. PEMBAHAS terbaik, Nadia bersama hadiah yang dimenangi
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN