27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Keprihatinan ADUN Bingkor terus dihargai

Kelihatan lori menghantar pasir untuk menimbus lubang padang Kampung Menggitom.

KENINGAU:Penduduk Kampung Menggitom Baru ucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin atas sumbangan material membaiki padang bola sepak kampung mereka.

Sumbangan material tersebut merupakan pasir yang digunakan untuk menimbus lubang-lubang padang tersebut. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Menggitom Baru Masruddin Abd Halim yang mewakili penduduk kampung tersebut berkata penduduk kampung begitu berterima kasih kepada Datuk Robert yang terus menyantuni permintaan mereka 

“Dengan adanya bantuan tersebut masalah padang yang berlubang itu dapat diperbaiki. Sudah tentu dengan penyelenggara menimbus padang tersebut golongan belia di kampung tersebut dapat mengadakan aktiviti sukan” jelasnya.

Tambahnya, penduduk kampung amat menghargai dan merakamkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan Pembantu Menteri Kerjaraya itu yang memberi sumbangan meterial tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN