24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kenaikan tambang bot Menumbok – Labuan, KPDN buat siasatan

Bot Laju

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan siasatan terhadap kenaikan tambang bot laju antara Menumbok – Labuan yang telah dikuatkuasakan pada 1 November lalu.

KPDN dalam satu kenyataan media pada Rabu telah mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dari aspek amalan anti persaingan di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Siasatan dijalankan susulan aduan diterima daripada orang awam dan juga mantan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Kuala Penyu berhubung notis kenaikan tambang sebanyak RM3. 00 sehala yang dikeluarkan oleh pengusaha bot laju Menumbok.

Menurut kenyataan itu lagi, pengusaha bot pengangkutan awam berdaftar layak untuk dipertimbangkan subsidi (SBKS), KPDN sedang merujuk kepada Jabatan Laut Malaysia Wilayah Persekutuan (Labuan) berhubung tindakan Persatuam Pengusaha Bot Bot Laju Menumbok untuk menentukan status Perlesenan dan pendaftaran para pengusaha yang terlibat.

KPDN memandang serius tindakan menaikan tambang ini, kerana ia memberi kesan langsung kepafa kos sara hidup rakyat, khususnya pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan ini setiap hari.

Dalam perkembangan lain Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha pada sesi soal jawab di Parlimen kelmarin menjelaskan pihaknya telahpun berhubung dengan Menteri KPDN untuk mengusulkan kerjasama rentas kementerian antara KPDN untuk mempercepatkan siasatan mengenai aduan tersebut.

Beliau berkata pihak berkuasa sedang meneliti langkah terbaik untuk memastikan kadar kekal munasabah tanpa membebankan pengguna.

Selain itu pasukan petugas telahpun ditubuhkan di Labuan untuk mengendalikan isu ini dan melakukan perbincangan antara Persatuan, Perbadanan Labuan dan penduduk tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN