30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kempen derma darah, sebanyak 405 pain berjaya dikumpul: Rafie

Rafie ketika meninjau Kempen Derma Darah yang diadakan.

KENINGAU: Sebanyak 405 pain darah berjaya diperolehi sepanjang tiga siri penganjuran Kempen Derma Darah Perdana peringkat Daerah Keningau anjuran Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau.

Pengerusi Persatuannya, Rafie Robert berkata, bagi Siri ketiga yang diadakan pada Sabtu baru-baru ini telah berjaya mengumpul sebanyak 135 pain darah, manakala pada Siri pertama berjaya mengutip 133 pain darah dan siri kedua berjaya mengumpul sebanyak 139 pain darah.

Katanya, program berkenaan yang ketiga-tiga siri diadakan di Tapak Pasar Malam Keningau itu adalah diadakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan.

“Ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi seluruh ahli jawatankuasa penganjur dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Oleh itu, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam penganjuran ini dan tidak dilupakan juga kepada para penaja yang menyumbangkan makan dan minum serta Penaja Utama Program ini iaitu Yang Berhormat Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor diatas sumbangan dan sokongan sehingga program ini berjaya direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas mengadakan Kempen Derma Darah Perdana 3.0 Sempena Hari Malaysia 2022 peringkat Daerah Keningau yang diadakan di Tapak Pasar Malam Keningau.

Beliau berharap dengan niat murni melalui penganjuran berkenaan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Tambahnya program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan darah oleh pesakit yang sangat memerlukan.

Hadir sama pada program berkenaan, Datuk Robert Tawik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN