26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kementerian Wilayah Persekutuan perlu di wujudkan semula- Mohd Rafi

SUMBANGAN…. Mohd Rafi ( tiga dari kiri) menyerahkan Kit Janazah kepada Sudin sambil diperhatikan Jumat (dua dari kiri) dan Rosli (tiga dari kanan)

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi  Ali Hassan mengesa supaya Kementerian Wilayah Persekutuan  diwujudkan semula bagi memastikan rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan yang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mendapat pembelaan dan kesaksamaan secara holistik  dalam harus pembangunan negara.

Mohd Rafi berkata,  Labuan yang menjadi satu-satu Wilayah Persekutuan di luar daripada tanah besar Semanjung mula merasa terpinggir selepas Barisan Nasional  tidak lagi menjadi kerajaan malah tindakan  kerajaan mengecilkan lagi saiz Kementerian Wilayah Persekutuan  kepada  Jabatan Wilayah Persekutuan menambahkan lagi  tanggapan warga Labuan  yang terus dipinggirkan daripada harus pembangunan.

 “ Warga Wilayah Persekutuan Labuan mula rasa terpinggir daripada arus pembangunan  sejak tahun 2018  apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan… dan ini jelas  bukan  sahaja  pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan gagal, malah keperluan semasa rakyat Labuan juga tidak dapat dilaksanakan  dengan  baik.

“Rakyat Labuan yang saban hari berdepan dengan masalah gangguan air dan bekalan elektrik adalah antara contoh  pembangunan  insfraktrutur  yang gagal  dilaksanakan  sepenuhnya.

“Perkara ini harus ditangani  secara tuntas agar rakyat Labuan  dapat hidup dengan lebih sejahtera dan harmoni”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Bantuan Kit Jenazah dan Sejadah  kepada Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Labu, di sini pada Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjis  Al-Ehsan Sungai Labu Sudin Samat,  Ketua Cawangan UMNO Sungai Labu, Jumat Talip dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Rosle Omar.

Mohd Rafi  yang juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yakin   kewujudan Kementerian Wilayah Persekutuan akan dapat melaksanakan pentadbiran yang lebih saksama  khususnya  terhadap  Wilayah Persekutuan Labuan  yang telah menjadi pusat hab minyak dan gas serta menjadi pusat  perniagaan kawangan antarabangsa.

“Namun malangnya dengan pengecilan saiz pengurusan Wilayah Persekutuan pelbagai perancangan yang telah dilaksanakan sebelum ini terbantut menjadikan Labuan tidak mendapat manfaat sepenuhnya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan dinamik dan mampan  seperti yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya” katanya.

Justeru itu, beliau  memohon agar pemansuhan Kementerian  Wilayah Persekutuan  di tarik balik dan kembalikan   fungsi Kementerian itu  demi kesaksamaan dan kebersamaan pembangunan dan kemajuan Wilayah Persekutuan secara holistik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN