27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kemanjadian murid dalam bidang sukan harus digilap lebih awal : Ellron

Datuk Ellron (tengah)menyampaikan penghargaan kepada Salah seorang Ketua Kontigen yang menyertai kejohanan.

Oleh: Francis Andin

KENINGAU: Kemanjadian murid dalam bidang sukan harus digilap lebih awal iaitu sejak sekolah rendah lagi bagi memastikan lebih ramai ahli sukan berpotensi dapat dilahirkan dinegeri khususnya dari daerah Pedalaman.


Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin berkata pada masa ini selain menjana gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat terutama generasi muda, tetapi juga boleh menjadikan seorang ahli sukan yang berjaya.


“ Potensi murid harus dilihat dan digilap sejak kecil lagi dan terus digilap bukan sahaja kerana ada pertandingan tetapi akan menjadi hobi agtau salah satu gaya hidup sihat yang bermanfaat, sudah terbukti ramai ahli sukan olahraga dan permainan telah berjaya dalam hidup, selain mengharumkan nama negara dipentas dunia”katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga MSS Zon Apin-Apin Kali ke-49 tahun 2022 di Sekolah Kebangsaan Kepayan Baru dekat sini hari ini.


Pada masa sama Ellron yang juga ADUN Sook berkata kerajaan sangat komited memastikan prasarana sukan di negeri ini dapat memenuhi keperluan rakyat dan akan berusaha memastikan kemudahan sedia ada dapat digunapakai bersama dengan penyelenggaraan secara berperingkat mengikut keutamaan.


Sementara itu beliau menyeru semua ibubapa dan guru agar terus melatih murid-murid yang berpotensi untuk diketenghkan dalam sesi pertandingan sama ada anjuran kerajaan atau swasta, sebagai latihan untuk terus maju dalam sukan.

Sebahagian kontigen yang menyertai kejohanan dan pertandingan perbarisan MSS Zon Apin-Apin.


Katanya walaupun negara baru sahaja dalam fasa endemik dan lebih banyak pusat sukan akan dibuka, pematuhan kepada SOP yang masih dikuatkuasakan harus dambil maklum dalam usaha membantu negara terus keluar daripada pendemik Covid19.


“ Walaupun kita sudah ke fasa endemic covid19 tidak bermakna kita bebas, tetapi masih ada SOP yang harus kita patuhi dalam masa kita kini sudah mula membuka semua pusat sukan dan rekreasi”katanya.


Dalam pada itu Ellron menyeru kepada semua atlit yang terpilih untuk bertanding bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kelak.


Kejohanan kali ini disertai oleh 8 buah sekolah SK BUnga Raya, Merampong, St James, Pangas,Bundu,Liau, Apin-Apin dan Kepayan Baru sebagai tuan rumah.


Dalam pertandingan Perbarisan SK Merampong muncul Juara, sementara naib dan ketiga disandang oleh Kepayan Baru dan SK Apin-Apin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN