UNTUK KENANGAN…Kedua dua pasukan merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.
LABUAN: Kelab Wira Jaya dari Papar yang diketuai Sahiran Haji Muhjin telah membuat lawatan muhibah sambil mengadakan Perlawanan Futsal persahabatan bersama Pasukan PL MIX Labuan pada Sabtu lalu.
Skusd PL MIX diketuai oleh Ahmed Shuhaili Bin Maidin dalam perlawanan yang diadakan di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompeks Sukan Labuan di sini.
Turut beraksi untuk menyerikan lagi perlawanan tersebut antaranya Mildat yang diberi jolokan Roberto Carlos oleh rakan seperjuangan, Ag Damit Hj AbuBakar @Buchu, Abd.Wahid, Mazlan, Majid, Tusin, Mazlan, Gani, Nijam, Jirol, Mansor dan Nordin yang digelar Ryan Giggs Wirajaya.

Pasukan Wira Jaya merakamkan gambar di venue perlawanan.Berdiri dari kanan Mazlan, Mansor, Mildat, Abd Wahit, Nordin dan Majid manakala duduk dari kanan ialah Gani, Sahiran, Nijam, Jirol, Tusin dan Buchu.
Menurut Sahiran yang ditemui selepas perlawanan itu berkata aktiviti yang membabitkan 20 orang ahli seumpama ini secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang sihat dikalangan warga Wira Jaya bersama warga pasukan PL MIX Labuan.
Katanya,program ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan antara dua pasukan yang berjauhan sambil menggalakkan budaya sihat dan aktif dalam kalangan ahli Wirajaya.
“Selain riadah di gelanggang, acara itu juga menjadi wadah silaturahim antara kedua dua pasukan,”Jelasnya.

CENDERA KENANGAN ..Buchu (kiri) sedang menyampaikan cenderahati berupa baju Wirajaya kepada Ahmed Shuhaili.
Sahiran juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas layanan dan sambutan tuan rumah sambil dapat beramah mesra antara satu sama lain.
Di akhir perlawanan, Mansor Dinin dari Kelab Wirajaya di anugerahkan sebagai Pemain Tahan Lasak sementara Ahmed Shuhaili dinobatkan sebagai Pemain Terbaik sepanjang perlawanan.
Sahirin berkata aktiviti seperti ini akan terus diadakan dari masa ke semasa ke beberapa buah daerah di negeri ini.



