32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Taekwondo Tenom cawangan SK Bingkor terima sumbangan ADUN Bingkor

George mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Ainah.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Datuk Robert Tawik @  Nordin memberi sumbangan dana kepada Tenom Taekwondo Club cawangan SK Bingkor.

Sumbangan tersebut bagi membiayai kos pengangkutan para peserta untuk mengikuti pertandingan Taekwondo yang dianjurkan di Daerah Tenom.

Sumbangan Pembantu Menteri Kerja Raya itu disampaikan oleh Pemaju Mukim Bingkor George Dairie kepada Pengerusi Tenom Taekwondo Club cawangan SK Bingkor Keningau Ainah Joseph.

George yang mewakili Robert berkata, semoga sumbangan dapat membantu meringankan keperluan yang diperlukan semasa pertandingan nanti.

Beliau mengucapkan selamat bertanding dan berharap para peserta beroleh kemenangan.

Ainah mewakili ahli kelabnya merakamkan terima kasih kepada keprihatinan Robert yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada badan-badan sukan dan NGO di kawasan ini.

Junior mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada adik Denzel Franz.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.40 Bingkor Junior Fred Vincent mewakili ADUN Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kewangan kepada Adik Denzel Franz Davis Frankie  yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Kota Kinabalu Sabah dalam program Diploma Ukur Bahan.

Adik Denzel Franz  dari Kampung Apin-Apin mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Kota Kinabalu Sabah dalam program Diploma Ukur Bahan.

Sumbangan ini memberi bermanfaat dan dapat meringankan bebanan keluarga adik Denzel Franz Frankie.

Selepas menyampaikan sumbangan itu Junior  menyampaikan ucapan tahniah  Robert kepada adik Denzel Franz Frankie.

Sementara itu, Adik Denzel Franz merakamkan Terima Kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan dan sumbangan kewangan tersebut. 

Katanya,  Sumbanga  ini amat bermanfaat dan dapat meringankan bebanan keluarga saya dan sudah tentu dapat mempermudahkan segala urusan semasa mendaftar masuk ke Kolej..

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN