30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Lions adakan Perkhidmatan Mamogram dan Pemeriksaan Klinikal Payudara Percuma pada 15-21 Disember ini.

Dr.Tracy (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pegawai Daerah Ranau, Jumian Abd Ghani, selepas mangadakan kunjungan hormat baru-baru ini.

RANAU: Kelab Lions Antarabangsa dengan kerjasama MAKNA Majlis Kanser Nasional (MAKNA) akan mengadakan Program Perkhidmatan Mamogram Percuma di daerah ini bermula 15 -21 Disember 2022.
 
Pengerusi Penganjur, Doktor Tracy Ina Mopilin, berkata program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Benedict.

Beliau berkata, untuk pemeriksaan Mamogram, iannya terbuka kepada mereka yang berumur 40-70 tahun dan terhad kepada 40 orang setiap hari.
 
Menurut Dr.Tracy, selain pemeriksaan Mamogram oleh petugas terlatih, turut diadakan adalah pemeriksaan klinikal payudara (CBE) terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas.
 
“Penganjur juga turut mengadakan pameran kanser untuk kesedaran dan pendidikan, kaunseling seterusnya sesi konsultasi.
 
“Untuk keterangan lanjut dan janji temu, orang ramai khususnya warga Ranau boleh  menghubungi talian 088 879 855 pada waktu pejabat sahaja,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.
 
Jelas Dr. Tracy, objektif utama program adalah untuk menekankan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya pengesanan awal penyakit kanser payudara.
 
Tambahnya, rekod menunjukan kes yang dirujuk ke MAKNA kebanyakan adalah kes di peringkat yang lewat dan hanya 30 % kadar rawatan pulih dapat dijalankan (berdasarkan jumlah kes (1995 – 2012).
 
 
 
 
 
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN