30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia kampung Buang Sayang Bingkor terima sumbangan

Robert menyampaikan sumbangan kepada Alsyafwa.

KENINGAUļ¼šKelab Belia kampung Buang Sayang Bingkor menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor menyampaikan sumbangan itu kepada Alsyafwa Dani yang mewakili Kelab Belia Kampung Buang Sayang Bingkor.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai Program Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah anjuran Kelab Belia Kampung Buang Sayang Bingkor yang dijadualkan pada 14 -16 Mei ini bertempat di padang Bola Sepak kampung itu.

Salis mewakili Rhyno menerma sumbangan daripada Robert.

Setiausaha Program  Delverin Piloh melahirkan rasa terima kasih diatas keprihatinan Robert yang tidak putus-putus menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan. 

Katanya, dengan adanya sumbangan yang amat diperlukan itu, sudah tentu program kejohanan tersebut dapat dijalankan seperti yang dijadualkan dengan jayanya.

“Saya mewakili belia belia Kampung Buang Sayang mendoakan agar Datukl Robert diberikan kesihatan yang terbaik dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan ” ujar Delverin.

Turut menerima sumbangan kewangan, Rhyno Ubidi dari Kampung Lipasu yang memerlukan alat bantu pergerakannya.

Sumbangan diterima oleh Pengerusi JPKK Kampung Lipasu/ Kamansi Salis Pungit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN