31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia Di Keningau Harap Isu Haiwan Peliharaan Berkeliaran Ditangani Dengan Segera.

Gambar: Syafiee Haji Ludi(kiri), Daffri Adzahari (kanan)

KENINGAU: Persatuan Belia di daerah ini berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serius pada masa ini untuk menangani masalah haiwan peliharaan yang berkeliaran dengan segera.

Pengerusi Kelab Belia Keningau, Syafiee Haji Ludi berkata, masalah berkenaan adalah bagi mengatasi kemalangan jalan raya dan pencemaran pemandangan dengan najis-najis haiwan peliharaan yang berkeliaran ini.

“Kita sering mendengar kemalangan berlaku disebabkan haiwan berkeliaran dan ada juga yang menyebabkan kemalangan maut.

“Seharusnya pemilik harus menanamkan kesedaran dalam diri dan bersikap lebih bertanggungjawab dengan tidak melepaskan haiwan peliharaan atau ternakan mereka kerana ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.

“Jalan-jalan utama menuju ke pusat pelancongan dan rekreasi di daerah Keningau juga dicemari oleh najis binatang ini.

“Perkara ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mencemarkan pemandangan para pengunjung dari luar daerah atau negeri mahupun pelancong asing yang datang berkunjung ke daerah ini.

“Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan dengan tegas dari pihak berkuasa, saya percaya masalah ini akan berlanjutan sampai bila-bila,” jelasnya.

Sementara itu bagi, Pengerusi Kelab Belia KadazanDusun Keningau, Daffri Adzahari berkata, beliau berharap agar PBT dapat bertindak dengan tegas agar masalah ini tidak berterusan dan tidak berulang pada masa akan datang.

Katanya, perkara ini menjadi hangat diperkatakan daripada penduduk daerah Keningau, ini bukan perkara baru tetapi sekian lama yang tiada kesudahannya.

“Pihak PBT telah mengeluarkan arahan, akan tetapi pemilik haiwan tersebut seperti tidak mempunyai sifat tanggungjawab akan keselamatan penduduk setempat.

“Mohon kepada pihak PBT untuk mengambil tindakan yang serius dengan perkara ini, kerana ia melibatkan keselamatan dan sosioekonomi penduduk setempat.

“Semoga perkara ini mendapat tindak balas yang positif daripada pelbagai pihak demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Tambahnya, masalah itu diharap tidak lagi berlarutan dan dapat diselesaikan dengan segera.-Tamat/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN