ADVERTISEMENTspot_img

Kekal calon Bingkor, Robert Tawik dapat sokongan 13 PDM

Robert Paulus (duduk keenam dari kiri) bersama PDM Apin Apin dan St James.

KENINGAU: Sebanyak tiga belas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) Bahagian N.40 Bingkor sebulat suara menzahirkan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi bagi mengekalkan Datuk Robert Tawik @ Nordin Timbalan Presiden StarSabah sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Bingkor dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 yang akan datang.

PDM yang terlibat ialah PDM Tuntumulud, PDM Keningau Station, PDM Bingkor, PDM Merampong, PDM Apin-Apin, PDM St. James, PDM Bunga Raya, PDM Baginda/Binaong, PDM Tuarid Taud, PDM Kukuangoh, PDM Liau, PDM Keningau Bandar dan PDM Ranggom.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor, Encik Robert Paulus , kesepakatan itu dicapai semasa siri jelajah Mesyuarat PDM ke setiap kawasan, di mana semua ahli StarSabah menyatakan sokongan padu supaya Datuk Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, dicalonkan semula sebagai calon tunggal STARSABAH dalam PRN ke-17.

Beliau berkata demikian ketika ditemui lepas Mesyuarat di PDM Apin Apin PDM St James dan/ PDM Baginda/ Binaong.

Sebelum ini PDM Keningau Station dan PDM Tuntumulud telah mengusulkan Robert supaya dikekalkan sebagai calon.

“Kesepakatan ini adalah hasil daripada komitmen berterusan Datuk Robert terhadap rakyat dan kawasan yang diwakilinya. Beliau tidak pernah mengecewakan rakyat dalam apa jua bentuk permintaan samaada besar atau kecil,” ujar Robert Paulus

Datuk Robert disifatkan sebagai pemimpin yang prihatin, sentiasa hadir di lapangan, dan mesra rakyat. Dalam tempoh lima tahun lalu, pembangunan di kampung-kampung sekitar Bingkor menunjukkan perubahan yang ketara, hasil ketekunan beliau turun padang tanpa mengira masa, sama ada dalam urusan rasmi mahupun tidak rasmi.

“Beliau melayani rakyat seperti keluarga sendiri seperti adik-beradik. Inilah ciri pemimpin yang kami mahukan,” kata salah seorang Ketua PDM.

Robert juga meminta kepada ahli-ahli star khususnya para pemimpin Star agar tidak menimbulkan perkara perkara yang tidak sihat di bahagian Bingkor.

Ini berikutan ada desus desus
pemimpin Star yang memanggil perjumpaan dan mesyuarat tanpa pengetahuan bahagian ini, jelasnya.

Ini boleh memecahbelahkan dikalangan ahli ahli star dibahagian ini, ujur Robert Paulus.

Sepatutnya ini tidak berlaku di masa ini lebih lebih lagi pilihanraya negeri bila bila Masa akan dibubarkan.

Timbalan Ketua Bahagian STARSABAH Bahagian N40 Bingkor Encik Robert Paulus yang juga Ketua PDM Apin-Apin menegaskan bahawa Datuk Robert adalah calon paling layak untuk mempertahankan kerusi DUN Bingkor dan menyumbang kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Mereka juga menyeru kepimpinan tertinggi STARSABAH, terutamanya Presiden Parti, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, agar mendengar suara akar umbi di Bingkor yang mahukan Robert dikekalkan sebagai calon dalam PRN ke-17.

Slogan “Bingkor Membangun Bersama Rakyat” yang diilhamkan oleh Datuk Robert telah mencapai matlamatnya dalam tempoh lima tahun dan rakyat percaya masih banyak yang perlu diteruskan menerusi fasa kedua (2.0) agenda pembangunan Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN