ADILIā¦Harun (kanan) memeriksa dan menyukat setiap perahu yang hendak menyertai kejohanan.
OLEH: HAJI MOHD AMIN HAJI MUIN
DAN ABDUL JALIL MADARIN
PITAS: Kejohanan Sukan Sungai (River Sport) juga salah satu aktiviti mampu menarik pelancong luar negeri dan tempata jika terus diperkasakan,kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sabah Oil dan Gas Development Corporation (SOGDC) Sdn Bhd, Datuk Harun Haji Ismail.
Menurut beliau kawasan sungai Bengkoka yang dijadikan aktiviti kejohanan ini dan aktiviti lain boleh dinaik taraf dijadikan sebagai pusat peranginan termasuk eko pelancongan yang menjadi sumber ekonomi kepada penduduk kampung ini.
Katanya, aktiviti sukan sungai mempunyai ramai peminat menyertai dan menonton dari pelbagai daerah di negeri ini dan sukan ini wajat diperluaskan serta dilakukan penambahbaikan kemudahan seperti jeti, astaka yang perlu di panjang lebarkan untuk keselesaan orang ramai menyaksikan kejohanan dengan jelas dan selesa.

TAHNAIAHā¦Harun (kanan) menyampaikan hadiah wang tunai RM1,000 kepada pemenang Johan kategori 15hp Robot- Sport.
Harun menambah pemimpin komuniti di kawasan ini termasuk Persatuan Orag Sungai Saah cawangan Pitas (POSPINS) hendaklah merebut peluang memohon kepada kerajaan dan pihak yang berkenaan untuk mendapatkan peruntukan bagi memajukan kawasan ini yang mana satu hari nanti pastinya menjadi rebutan pelancong dalam dan luar negeri Sabah khasnya.
āJika ini dapat dilakukan sudah tentu penduduk kampung ini juga berpeluang untuk berniaga bermacam makanan hasil sungai atau laut, pertanian dan sebagainya walau pun secara kecil kecilan tetapi membuahkan hasil yang boleh membantu meringankan beban keluaga,ā Ujarnya.
Pada majlis itu Harun yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Pitas meminta rakyat di kawasan itu untuk terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang sedia adaĀ dan tidak gemar Ā Ā menukar-nukar kerajaan yang akan membantutkan perancangan jangka panjanga kerajaan negeri
Ā
Jelasnya, ini terbukti kita mengambil contoh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo oleh kerajaan terdahulu Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan peruntukan sama kepada negeri Sabah dan Sarawak dan Ā beberapa tahun lepas Sarawak sudah menggunakan lebuh raya Pan Borneo sepenuhnya sedangkan SabahĀ di Kota Kinabalu pun belum siap lagi ini disebabkan pertukaran kerajaan dan pemimpin serta kontraktor yang membuat jalan tersebut ditukar sehingga kerajaan berikutnya menanggung beban kerugian yang agak besar.
āKita di Sabah sudah 6 kali bertukar kerajaan dan bertukar pemimpin sehingga kini sudah 16 orang Ketua Menteri silih berganti antara penyebab mundurnya pembangunan yang di idamkan,ātegasnya.
Harun menambah Sarawak sejak Malaysia merdeka belum pernah bertukar kerajaan, bertukar pemimpin pun dalam kerajaan yang sama menyebabkan Sarawak dengan mudah melonjak naik sehingga kini simpanan Sarawak mencercah RM40 bilion jualan barang negeri itu pun agak tinggi iaitu RM15 bilion berbanding negeri Sabah setakad tahun lalu 2024 simpanan negeri baru mencapai RM8.6 billon jadi adalah amat sukar untuk kita mengejar pendapata Sarawak ini jika perubahan kerajaan tersu berlaku.

BERSAMA PENGANJUR Harun (duduk empat dari kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian jawatankuasa penganjur.
āSudah tiba masanya untuk kita melupakan persengketaan lampau, berlatar belakang apa pun kita marilah kita bersatu meneruskan agenda kerajaan sekarang āSabah Maju Jayaā SMJ dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor,ākatnaya berucap merasmikan Kejohanan Sukan Sungai anjuran Persatuan Orang Sungai Pitas Sabah (POSPINS) di Jeti Kampung Gusung Pitas dekat sini.
Terdahulu, Pengerusi pengajur yang juga Pengerusi Persatuan Orang Sungai Pitas Sabah, Jurani Zalil antara lain berkata, acara ini akan diteruskan kerana Persatuan Orang Sungai Pitas Sabah (POSPINS) sudah di daftarkan di bawah ROS dan meng ambil peluang untuk memajukan mana-mana yang boleh membantu masyarakat Pospins.
Katanya, persatuan itu akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh memberikan memperolehi hasil untuk persatuan disamping mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan kaum secara menyeluruh.
Bagi pihak Pospins beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Harun yang bukan sahaja mengorbankan masa sehari suntuk dalam kejohanan ini malah turut menyumbang pelbagai bantuan untuk menjayakan program ini.
Kejohanan lumba perahu tahun ini terbahagi kepada empat kategori pertama kuasa enjin sangkut 15hp Robot – Sport, Johan menerima wang tunai RM1,000 tempat kedua RM700 ketiga RM500 dan tiga peserta menerima hadiah saguhari RM100 tiap seorang.
Bagi kategori enjin sangkut 15hp Robot -14kaki, Johan menerima RM700 kedua RM500 ketiga RM300 dan tiga peserta menerima RM100 tiap seorang. Bagi kategori 15hp enjin bebas ā fiber, Johan menerima RM500 kedua RM300 ketiga RM200 dan tiga peserta menerima RM100 tiap seorang. Bagi kategori 9.8hp terbuka Johan menerima wang tunai RM500 kedua RM300 ketiga menerima RM200 lima peserta menerima RM100 tiap seorang.
Hadir sama, Pegawai Khas Datuk Harun Tuan Ikmal Atong, Abdul Majit Tarip@ Man Tar, mengetuai warga kerja DHI, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin, Pegawai Penerangan Pitas Norhamisah Rapi, Ketua Wanita Usia Pitas Ustazah Aminah Mindoh bersama jawatankuasanya, pemimpin komuniti yang lain dan masyarakat setempat.
.



