OLEH: SALWAH ARAMAT
RANAU : Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat daerah ini, akan berlangsung di Kompleks Sukan Ranau, bermula esok hingga 21 Febuari.
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, selaku Pengerusi Jawatankuasa pengelola kejohanan, Majus Munsing memberitahu, perasmian kejohanan pada 17 Februari bermula jam 1.00 petang akan disempurnakan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin manakala, majls penangguhan pada 21 Februari (jam 3.00 petang) akan disempurnakan oleh beliau sendiri (Majus).
Beliau memaklumkan, sebanyak 11 buah Sekolah Menengah (SM) dan 8 buah Zon Sekolah Rendah (SR) akan mengambil bahagian sempena kejohanan kali ke-48 itu termasuklah SMK Mat Salleh, SMK Ranau, SMK Lohan, SMK Kundasang, SMKA Mohd Ali, SMK Timbua, SMK Matupang Jaya, SMK Kemburongoh, SMKA Irsyadiah, SMK Bundu Tuhan dan SMK Ulu Sugut.
Manakala ketagori sekolah rendah, Zon mengambil bahagian iaitu, Zon Pekan, Zon Tengah, Zon Kinabalu, Zon Timur, Zon Utara, Zon Ulu Sugut, Zon Selatan dan Zon Garas.
“Kejohanan itu bertujuan memilih para atlet yang boleh diketengahkan bagi mewakili MSS daerah Ranau, ke kejohanan peringkat negeri di Kompleks Sukan Lahad Datu Sabah, tidak lama lagi”, jelas Majus sambil mempelawa orang ramai supaya hadir menyaksikan kejohanan itu sekaligus memberi sokongan moral kepada para atlet yang bakal berentap.
“Kehadiran orang ramai khususnya para ibu bapa, menjadi penyuntik semangat serta memberi semangat serta motivasi kepada para peserta untuk bersaing secara positif”, tambah Majus. –T A M A T-
