GAMBAR: PIALA… Encho bersama Christina menunjukkan piala yang menjadi rebutan pada kejohanan itu sambil diperhatikan oleh Gapilin
LABUAN: Labuan Golf Club (LGC) kembali semula menganjurkan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan kali ke 29 (kategori lelaki) dan ke 22 (kategori wanita) yang akan diadakan di padang Kelab Golf Labuan pada 17 hingga 19 Jun 2022.
Presiden LGC, Datuk Gapilin Nasaruddin berkata, kejohanan yang berprestej itu akan kembali semula selepas dua tahun tertangguh akibat serangan pendemik COVID 19 yang melanda seluruh negara.
Kejohanan yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Jun itu menyasarkan sekurang-kurangnya 112 peserta termasuk 20 peserta wanita.
“ Kejohanan ini kita adakan semula setelah dua tahun (2020-2021) tidak diadakan disebabkan pendamik COVID 19 dan pada kejohanan kali ini kami menyasarkan sekurang-kurangya 120 peserta termasuk 20 peserta wanita akan mengambil bahagian yang terbuka kepada pemain golf dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan juga Brunei Darussalam” katanya pada sidang media yang diadakan di LGC pada Ahad.
Beliau berkata setakat hari ini (15 Mei) seramai 106 pemain yang mewakili beberapa kelab telahpun mengesahkan untuk menyertai kejohanan tersebut dan 18 daripadanya adalah pemain wanita.
“ Kita yakin jumlah penyertaan akan terus meningkat memandangkan tarikh tutup penyertaan masih di buka sehingga 16 Jun 2022 iaitu sehari sebelum kejohanan bermula” katanya.
Gapilin berkata, antara pasukan yang telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan kali ini ialah KUGCC (28 pemain), SGA (16), Kudat Golf Club (14), LGC (13), KL Golf Academy (10), Sutera Habour (2), SGCC (9), manakala KGC, Tawau Golf Club, Tambunan Golf Club dan Sratfield Country Resort KL masing-masing seorang pemain.
Sementara itu katanya, seramai lapan pemain daripada negara Brunei Darussalam juga telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan kali ini, bagaimapun ia bergantung kepada kesedian negara itu membuka pintu sempadan kepada negara luar.
Mengulas lanjut, Gapilin memberitahu antara pemain hebat yang akan bersaing pada kejohanan itu nanti ialah Christopher Daniel James dari KGC, juara SDGCC, Safaruddin Abidin, juara Labuan Golf Amatur Terbuka Labuan 2012, Kevin G. Pius, juara Sandakan Terbuka dan juara Kejohanan Terbuka Borneo, Mohd Zariq Encho.
Lain-lain pemain yang dijangka akan memberi saingan sengit ialah Brandon Lai (Tawau Golf Club), Eldrick Chong Ming, Michell Steel, Casper Loh Wei Kin (SGCC), Maxwin Chiew Jian Wing (Sutera Habour Golf Club) dan juara bertahan 2019, AK Mohd Syakir Pg Ali (PMGC Brunei).
Johan bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita akan membawa pulang sebuah piala rebutan dan pusingan.
Hadir sama pada sidang media itu Kepten Golf (lelaki ) Encho Hamid dan Kepten Golf (wanita), Christina Tembakau.



