TAHNIAH… Harun (kanan) menyampaikan hadiah johan berupa pewter dan wang tunai kepada pasukan yang berjaya sambil disaksikan oleh Thafiz (baju merah) dan yang lain.-AJM
Oleh: A.Jalil Madarin
PITAS: Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) Datuk Harun Ismail menyarankan agar kejohanan bola sepak diteruskan dari masa ke samasa.
Beliau berkata sebagai sukan yang sudah tersohor sejak berabad lamanya seluruh dunia telah menjadikan bola sepak sebagai kejohanan diminati ramai.
Katanya, beliau sentiasa memenuhi permintaan belia Kampung Bongkol sebagai tanda sokongan terhadap minat dan semangat kesukanan para belia tempatan dalam kejohanan bola sepak.
Dalam hubungan ini beliau
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menghimpun ramai pemain dari puluhan pasukan yang beraksi dalam kejohanan ini.
“Inisiatif ini bukan sekadar pertandingan tetapi sebagai medan mempereratkan lagi silaturahim diantara generasi muda dengan pemain veteran dalam suasana penuh semangat kesukanan,” tegasnya
Harun berkata ilham dan usaha penganjur ini juga mampu mencungkil bakat dikalangan pemain muda dalam kejohanan bola sepak.

UNTUK MASJID… Harun (kiri) turut menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada Abdullah Isa Setiausaha Masjid Kampung Bongkol.
Beliau meminta semua yang terlibat sama ada pihak penganjur, pemain, penonton dan penyokong sentiasalah bermain dengan semangat kesukanan yang mengutamakan disiplin.
Harun yang juga Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas berkata demikian di Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Wilayah Gazet Safoda Mix Veteran Pitas 2025 di Padang Bola Sepak Kampung Bongkol Pitas dekat sini baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama Harun menghulurkan sumbangan kewangan bagi kegunaan Masjid Al-Muta’alimin Kampung Bongkol dan sumbangan itu diterima oleh Abdullah Isa selaku Setiausaha Masjid tersebut.
Terdahulu, Pengerusi penganjur kejohanan Tahfiz Jumadhan Takmad mengucapkan jutaan terima kepada Harun kerana tanpa dana darinya kejohanan ini belum pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Katanya, beliau bersama seluruh jawatankuasa penganjur memenafaatkan sumbangan tersebut bukan sahaja baru kali ini malah sudah beberapa kali mereka menganjurkan kejohanan bola sepak dana untuk menjayakan program tersebut semuanya sumbangan ikhlas daripada Datuk Harun Ismail (DHI).
Hadir sama, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin, Pegawai Khas Datuk Harun, Ikmal Atong dan Abdul Majit Tarip@Man mengetuai warga kerja DHI, wakil Belia Kampung Bongkol Yahya Aribin mengetuai ahli jawatankuasa penganjur kejohanan dan pemimpin komuniti yang lain.



