RANAU: Kejohanan Amal Bola Sepak anjuran Persatuan Malim Gunung Kinabalu (Pemangkina) yang dijadualkan 3 Jun, telah ditunda pada 5 Jun bermula jam 2.00 petang di padang Majlis Daerah Ranau (MDR).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Jamili Satimin Jali (gambar) memberitahu, perubahan tarikh baru itu dibuat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Menurutnya, kejohanan itu diadakan sebagai memperingati mangsa Gempa Bumi 2015 yang telah mengorbankan 18 mangsa termasuk pelajar dari Singapora dan beberapa orang Malim Gunung Kinabalu.
Menurut Jamili, sebanyak 5 pasukan bakal berentap pada kejohanan tersebut melibatkan pasukan Pemangkina, pasukan Lumpadang Lagen, pasukan Kasira United, Lipasu Lagend dan Clasico FBC bagi merebut kedudukan Juara, Naib Juara, tempat Ketiga dan Keempat.
“Sepak Mula perlawan bakal disempurnakan Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abd.Ghani.
“Kita menjemput orang ramai khususnya para peminat bola sepak dari daerah Ranau dan Kundasang supaya datang menyakasikan perlawanan Amal Bola Sepak tersebut sekaligus memberi sokongan kepada Jawatankuasa pengelola dan bakal dijadikan Kejohanan Amal Tahunan (KAT) sebagai tanda simpati kepada keluarga mereka yang terkorban.
“Sokongan daripada orang ramai amat kita alu-alukan bagi m24empastikan objektif kejohanan dapat direalisasikan”, tambah Jamili.
TAMAT