29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 31, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kejayaan usahawan wanita Sahabat AIM cetus inspirasi

GIMIK..Ewon (kanan) menyempurnakan gimik perasmian Malam Gala & Legasi Pinknuarii SICC, di sini, semalam.

KOTA KINABALU: Kejayaan usahawan wanita di bawah program Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Sabah terus menjadi sumber inspirasi kepada usahawan lain apabila mencatatkan 0 peratus Portfolio At Risk (PAR) sekali gus membuktikan keupayaan dan disiplin tinggi dalam pengurusan ekonomi dsn keusahawanan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen luar biasa usahawan wanita bagi memastikan pembayaran semula pinjaman dilaksanakan sepenuhnya tanpa tunggakan.

“Saya menyampaikan rasa hormat dan bangga saya kepada usahawan-usahawan Sahabat AIM Sabah di atas pencapaian 0% Portfolio At Risk (PAR) bererti kesemua usahawan berjaya membayar semula pinjaman mereka.

“Ini menunjukkan disiplin dan jiwa pengurusan ekonomi di kalangan wanita melalui Sahabat AIM,” katanya ketika berucap menyempurnakan Malam Gala & Legasi Pinknuari anjuran Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kota Kinabalu (KUSIKK), di SICC, di sini, semalam.

Ewon berkata, kejayaan itu bukan sahaja membuktikan keberkesanan program pembangunan keusahawanan, malah menjadi teladan dan inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menceburi bidang perniagaan secara mampan.

Beliau turut berkongsi beberapa kisah kejayaan usahawan wanita yang pernah beliau kunjungi sebelum ini sebagai suntikan motivasi kepada para usahawan AIM agar terus berusaha dan berdaya saing.

“Di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah, pelbagai inisiatif pembangunan keusahawanan disediakan bagi memperkasa ekosistem keusahawanan di negeri ini,” katanya.

Pada majlis itu, beberapa anugerah keusahawanan disampaikan kepada usahawan cemerlang.

“Saya berharap kejayaan Sahabat AIM, dalam perusahaan masing-masing akan terus memberikan inspirasi kepada usahawan lain di seluruh Sabah,” katanya.

Ewon turut menjemput para pemenang kategori individu serta ketua-ketua blok bagi kategori blok untuk menghadiri sesi pertemuan khas pada minggu hadapan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk saya mendengar sendiri isu, cabaran serta cadangan mereka, di samping menyampaikan insentif tambahan sebagai galakan kepada para usahawan yang menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN