24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KDCA Labuan sambut baik pelantikan Datin Herin

PETER PIKUL…Presiden KDCA Labuan dan DATIN HERIN LUMPISAU…. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan

LABUAN:Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Bahagian Labuan mengalu-alukan pelantikan Ketua Wanita PBS Bahagian Labuan, Datin Herin Lumpisau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan yang baharu.

Pengerusi KDCA Labuan, Peter Pikul berkata pelantikan Datin Herin yang juga ahli KDCA adalah pilihan yang tepat kerana beliau sebelum ini telah banyak memainkan peranan bukan sahaja dalam persatuan KDCA dan parti politik tetapi juga berkecimpung secara aktif dalam badan badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya yakin dengan pengalaman dan kelayakannya termasuk dalam bidang perniagaan selain kerja-kerja kebajikan beliau akan mampu membuat yang terbaik demi kesejahteraan warga Labuan disamping menyumbang idea yang bernas dalam sama sama membantu membangunkan Labuan kearah yang lebih dinamik dan berdaya saing” katanya dalam satu kenyataan di sini,

Sementara itu, Darin Herin, 58 yang juga mantan Timbalan Pengerusi Persatuan Special Olympic Malaysia Labuan (2016-2019) dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 30 November 2020.

Ketika ini Herin merupakan Pengerusi Biro Kebersihan dan Kesihatan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Satu Labuan. Beliau juga merupakan Naib Timbalan Ketua Wanita Exco Pergerakan Wanita PBS Pusat.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN