SITA…Mohd Nasir (dua kanan) bersama Aspalela (kanan sekali) dan Mirani (kiri sekali) menunjukkan tiga buah kenderaan yang berjaya disita di luar Labuan kerana melebihi had 90 hari.
LABUAN: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Labuan sedang giat menjalankan operasi untuk memburu kira-kira 500 pemilik kenderaan yang berdaftar di Pulau Bebas Cukai (PBC) kerana berada di luar Labuan melebihi 90 hari.
Menurut Penolong Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman, JKDM mempunyai maklumat dan senarai semua kenderaan tersebut untuk dijejaki.
“Saya menyeru kepada pemilik kenderaan berkaitan untuk balik segera ke Labuan bahi menyelasaikan dengan pihak Kastam sebelum dijejaki dalam operasi yang sedang dilaksanakan” katanya dalam satu sidang media di sini, baru baru ini.
RAMPAS… Mohd Nasir (tengah) bersama barangan minuman keras yang cuba diseludup baru baru ini.
Hadir sama, Pengarah JKDM Labuan, Aspalila Haji Ag. Tuah dan Ketua Penguatkuasa JKDM Labuan, Mirani Hj Majidi.
Beliau berkata, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, tangkapan kenderaan yang berada di luar Labuan melebih 90 hari menjadi kes ketiga terbesar dicatatkan dengan nilai cukai berjumlah lebih RM304,000.00 dan semua kes ini sedang disaiat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Selian itu katanya dalam tempoh yang sama sebanyak 35 kes berjaya dibentaras oleh JKDM Labuan dengan nilai dagangan lebih RM 2juta.
“Kes terbesar melibatkan penyeludupan rokok yang berjumlah RM679,000.00 dan kedua kes penyeludupan minuman keras dengan nilai melebihi RM500,000.00.
Justeru itu katanya, JKDM Labuan terus komited dalam usaha membentaras sebarang bentuk kegiatan penyeludupan dan penyelewangan yang menganggu kemakmuran negara.