27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Karnival Sukan Tertutup Anjuran Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan meriah

Abidin (tengah) dan lain-lain dalam acara sukan itu


RANAU: Pasukan Sinarut A muncul juara dalam acara Bola Sepak sempena Karnival Sukan Tertutup Anjuran Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan yang diadakan di Padang Kg. Kigiok dekat sini.


Dalam acara itu, pasukan Star Paginatan mendapat tempat kedua sementara Team Matan di tempat ketiga.


Dalam satu lagi acara lain, Team Pavolt menjuarai acara Bola Tampar, sementara tempat kedua disandang oleh Team KVRC Barbara dan tempat ketiga ialah Silou A.


Karnival Sukan Tertutup yang diadakan dalam sehari itu turut menampilkan acara melastik yang semakin popular di kalangan belia serta masyarakat di sini.
Acara tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan dan Naib Presiden Parti StarSabah, Datuk Abidin Madingkir.


Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada sayap Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan kerana telah Berjaya menganjur satu lagi jelajah Karnival Sukan peringkat mukim di DUN Paginatan.


“Karnival Sukan Mukim Tanah Rata merupakan anjuran kedua selepas Karnival Sukan Mukim Paginatan dan Paus yang diadakan pada bulan yang lalu.

Abidin turut mencuba melastik target yang disediakan dalam acara itu


“Dalam setiap penganjuran, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada belia dan beliawanis dari kampung-kampung sekitar.


“Tahniah kepada Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan kerana berjaya melaksanakan Karnival Sukan anjuran buat kali yang kedua ini,” katanya.


Menurut Abidin, melihat sambutan yang begitu memberangsangkan kali ini menunjukkan penganjuran mencapai matlamat dan sangat berjaya.


Tambahnya, penganjuran Karnival Sukan seperti ini suda tentu dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara peserta dan kepimpinan serta penduduk kampung.


“Penglibatan para peserta dalam semua acara yang dipertandingkan menunjukkan para belia dan beliawanis sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat
“Ia juga secara tidak langsung membolehkan peserta menunjukkan bakat dan kebolehan dalam acara yang dipertanding


“Karnival Sukan seumpama ini juga dapat mencungkil bakat yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.


“Acara tersebut juga sedikit sebanyak mengurangkan, malah mengelakkan belia-belia daripada terjerumus dalam aktiviti yang tidak diingini iaitu masalah sosial,” katanya.


Abidin juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Kg. Kigiok terutama Ketua Kampung, Ahidi Kasaman dan Pengerusi JKKK kerana membenarkan Wiramuda dan Wiranita Star Paginatan menggunakan padang Kg. Kigiok sebagai venue pertandingan bola sepak dan bola tampar pada Karnival Sukan kali ini.


Turut Hadir Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO, Jipili Sigal, Ketua Wiranita Star Bahagian, Siti Nurjana Abas, Ketua Wiramuda Star Bahagian, Hillary Salmoen, Pengerusi Penganjur, Alfian Sahadi, Pemaju Mukim Tanah Rata, Lasius Golipoi, para pemimpin dan Pemegang Adat setempat.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN