SOKONGAN…. penyelaras pameran kereta, Kenny Kong (dua kanan) bersama Noor Halim (kanan sekali), Presiden LAFA, Sophian Said dan Pengerusi LDA Holding, ADzhar Othman.
LABUAN: Karnival Bola Sepak Sailion Cup 2023 yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) bersama LDA Holding Sdn. yang berlangsung selama tiga hari menepati sasaran apabila lebih 20,000 pengunjung membanjiri padang Dataran Labuan.
Kehadiran pengunjung bukan sahaja semata mata untuk menyaksikan Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Sailion Cup tetapi juga karnival yang menyediakan pelbagai aktiviti berjaya menjadi tarikan pengunjung tempatan dan juga luar dari Labuan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini, LDA Holding yang menjadi penaja utama penganjuran karnival tiga hari itu menyaksikan orang ramai bukan sahaja berpusu-pusu untuk menonton perlawanan bola sepak, tetapi juga berduyun duyun untuk menyaksikan dan meyokong beberapa aktiviti yang disediakan LDA Holding seperti Pameran Kareta (Car Show), Persembahan band jemputan Sawadeekrapp Street Jam yang didatangkan dari Sabah serta gerai pelbagai jualan yang terdapat disepanjang dataran Labuan.
“Kejohanan bola sepak dan karnival selama tiga hari yang dianjurkan ini telah mencetuskan kehadiran pengunjung yang diluar jangkaan, yang secara keseluruhan dianggarkan lebih 20,000 pengunjung membajiri dataran Labuan” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Noor Halim berkata kehadiran begitu ramai pengunjung merupakan petanda baik dalam meningkatkan ekonomi Labuan, selain menjadi salah satu program terbesar yang berjaya pernah dianjurkan selepas LISC 2023 yang baru lalu.
Beliau berkata LDA Holding yang merupakan operator Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL) berharap program seperti ini perlu diteruskan dari masa ke semasa kerana ia bukan sahaja memangkinkan kegiatan ekonomi terus bergerak pantas, malah turut membantu sektor pelancongan khususnya yang melibatkan perhotelan.
Menurut Noor Halim, pameran kereta yang diselaraskan oleh Kenny Kong telah berjaya mengimpunkan 35 buah kereta pelbagai jenis dan modikasi yang melibatkan penyertaan dari luar Labuan.
Sementara itu,kejohanan bola sepak 9 sebelah Sailion Cup yang dianjurkan oleh LAFA dengan kerjasama Perbdanan Labuan dan Majlis Belia Labuan (MBL) telah berjaya disertai oleh 31 buah pasukan yang turut disertai beberapa pasukan dari Sabah dan Sarawak.
“Kami percaya Karnival tiga hari yang melibatkan pertandingan bola sepak, pameran kereta, persembahan band jemputan dan karnival gerai jualan pelbagai barangan berjaya meletakkan karnival ini ke satu penanda aras baharu untuk pulau bebas cukai yang lebih dinamik” katanya.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada EC Envestment Bank dan UW Global yang sama sama memberikan sokongan dalam menjayakan karnival tersebut.