30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kampung Sungai Keling dipilih lokasi pelancaran QR Code Aduan Masyarakat peringkat IPD Labuan

Datuk SAC Azhar ketika melancarkan Qr code Aduan Masyarakat di balai raya Kampung Sungai Keling, pada Selasa lalu.

LABUAN: Kampung Sungai Keling yang majoriti penduduknya masyarakat Tionghua di sini dipilih sebagai lokasi Pelancaran Imbasan QR Kod Aduan Masyarakat peringkat IPD Labuan.

Majlis pelancaran yang diadakan di balai raya kampung berkenaan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Bahagian Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), SAC Datuk Azhar Hamin.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Azhar berkata imbasan QR Kod Aduan Masyarakat adalah merupakan platform penyaluran maklumat menggunakan telefon bimbit secara pantas.

Beliau berkata, setiap aduan atau maklumat yang diterima melalui imbasan QR  Kod Masyarakat akan terlebih dahulu ditapis dan diteliti dari segi kesahihan oleh Bahagian Pendataan Analisa sebelum sebarang tindakan diambil.

“Segala bentuk maklumat yang disalurkan melalui platform ini adalah rahsia dan akan diambil tindakan sewajarnya di dalam memberi kepuasan hati kepada seluruh masyarakat”katanya.

Dalam pada itu beliau berharap masyarakat di sini dapat memberikan kerjasama dalam usaha pihak polis mewujudkan persekitaran yang harmoni dan selamat serta bebas Jenayah.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Robin@ Mohd Redzuan Ismail, Ketua Kampung Sungai Keling, Goh Siew Lang serta Pegawai kanan IPD Kota Kinabalu Dan Labuan.

Turut hadir pemimpin masyarakat termasuk Ketua Ketua Kampung Dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN