29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kakitangan Pejabat Parlimen Ranau pupuk silaturahim menerusi sambutan hari jadi

YANG DIRAI…Thomas memegang tray Kui Hari Jadinya yang ke-50.

RANAU: Majlis sambutan Hari Jadi dikalangan staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, mampu memupuk persaudaraan dan perpaduan sedia terjalin dikalangan mereka.

Demikian objektif dan harapan staf yang menghadiri majlis Hari Jadi  ke-50 tahun salah seorang kakitangan pejabat berkenaan, Thomas Leong, walaupun diadakan secara santai namun cukup meriah   dengan kehadiran ramai staf yang menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ secara beramai-ramai sambil menjemput Thomas untuk memotog kek Hari Jadinya, selepas Bacaan Doa yang dipimpin oleh Setiausaha Parlimen Ranau, Attin Bin Naisin.

Majlis berakhir dengan jamuan dengan hidangan juadah berupa masakan nasi ‘Beras Kampung’ bersama  lauk-pauk yang menyelerakan dan minuman ringan

Rata-rata staf yang hadir,  mendoakan agar Thomas sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan  sihat sepanjang hayat.

Antara Staf yang hadir ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN