26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kakitangan Jabatan Penyiaran Labuan perlu berfikiran kritis

AMANAT…. Fauziah ketika menyampaikan amanat dalam perhimpunan itu

LABUAN :Kakitangan kerajaan khususnya kakitangan Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan perlu berfikiran kritis dalam menjalankan tugas seharian khususnya ketika menangani cabaran pandemik COVID 19.

Demikian kata Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan jabatan itu, pada Rabu.

Katanya, kakitangan penyiaran juga perlu mempunyai kreativiti dan inovasi sekaligus berkeupayaan membuat keputusan dan memainkan peranan sebagai media yang efektif.

KAKITANGAN…sebahagian kakitangan Jabatan Penyiaran yang hadir pada Majlis Perhimpunan Bulananh Jabatan Penyiara Labuan, pada Rabu.

“Hal ini juga bertujuan untuk membolehkan pelaksanaan khidmat dan tanggungjawab dalam penyampaian yang berkesan kepada masyarakat khususnya dalam keadaan negara yang dilanda krisis pendamik COVID 19” katanya.

Menurut Fauziah lagi, Jabatan Penyiaran Labuan juga merupakan agensi penting dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada masyarakat disamping menangkis berita-berita palsu yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Pada masa yang sama setiap kakitangan perlu mengikuti perkembangan semasa selain melengkapkan diri dengan pengetauan teknologi maklumat (IT) agar terus kekal relevan dalam arus perkembangan teknologi masa kini.

Majlis tersebut turut meraikan kakitangan yang bakal bersara wajib dan tamat perkhidmatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN