MELAWAT… Robert (dua dari kiri)bersama rombongan semasa melawat sistem perparitan Taman Sri Keningau.
KENINGAU – Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik meminta Jabatan Perikanan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS dan Majlis Daerah Keningau (MDK) dapat membuat kajian untuk mengatasi masalah saliran perparitan di perumahan Taman Sri Keningau.
Katanya, beliau menerima aduan daripada penghuni perumahan Taman tersebut bahawa rumah mereka sering dilimpahi air apabila hujan lebat.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, beberapa penghuni perumahan berkenaan mendakwa limpahan itu disebab saliran paritnya digunakan oleh Jabatan Perikanan sebagai sumber air kolam jabatan itu.

BANJIR ….Beginlah keadaan parit Taman Sri Keningau apabila hujan lebat.
Robert memberitahu wakil Borneo Daily Bulletin di sini selepas melawat Taman Sri Keningau yang terjejas limpahan air pada Jumaat lepas.
Turut sama lawatan itu Jurutera JKR Keningau Serinus Laim, wakil dari Jabatan Perikanan Keningau Pun Zaharah Satim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred, wakil dari Pejabat Parlimen P.180 Keningau Johari Pongod dan Lectus Fung serta staf UPPM Bingkor.
Sementara itu Pengadu, Verny Tobing berkata, masalah itu berlaku apabila hujan lebat, air parit di Taman Sri kgau akan cepat penuh dan banjir di rumah-rumah kerana Jabatan Perikanan guna air parit Taman Sri Keningau untuk bekalan air kolam mereka.
“Ditambah pula dengan karung-karung batu dan bongka semen yang sengaja diletakkan oleh Jabatan Perikanan di sebelah parit besar menyebabkan aliran air lebih banyak masuk di parit menuju ke kawasan perumahan dan menyebabkan banjir berlaku kerana limpahan air di kawasan perumahan” katanya.
Sehubungan dengan ini, beliau mencadangkan agar pihak Jabatan Perikanan perlu cari alternatif agar masalah ini tidak menyusahkan warga Taman Sri Keningau apabila banjir berlaku.
“Harap pihak Jabatan Perikanan dapat cari alternatif lain utk mendapatkan bekalan air kolam selain daripada perparitan Taman Sri Keningau untuk mengelakkan berlakunya banjir apabila hujan lebat” jelasnya.
Seorang lagi penghuni perumahan itu Anthony Chong turut mencadangkan agar pihak yang bertangungjawab membina satu parit lain supaya air dari atas tidak tertumpu di parit perumahan tersebut.
“Dicadangkan juga supaya pihak Jabatan Perikanan tidak lagi memasang benteng di parit besar Taman Sri Keningau untuk mendapatkan bekalan air masuk ke kolam” katanya.
Menurut Anthony, masalah ini sudah pernah diaduhkan kepada kepada jabatan-jabatan berkenaan termasuk wakil rakyat Liawan semasa kerajaan Warisan tapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.
Beliau berharap masalah ini mendapat perhatian daripada wakil-wakil rakyat yang prihatin kepada rakyat pada tahun.