Abidin memukul gong sebagai gimik perasmian majlis itu
RANAU: Tradisi Kaamatan perlu dijaga dan diteruskan oleh generasi baru setiap zaman kerana ini adalah satu satunya perayaan bagi masyarakat kaum KDMR, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
“Bagi masyarakat kita, tiada lain perayaan yang kita boleh angkat sebagai sesuatu yang begitu signifikan dengan masyarakat KDMR. Justeru ia perlu terus dijaga supaya masyarakat ini juga dapat mengharungi perubahan zaman.
“Kaamatan sangat penting kerana ia juga adalah perayaan yang menyatupadukan masyarakat kita tanpa mengira fahaman politik, status atau kedudukan dalam masyarakat dan juga fahaman agama. Perpaduan kampung terserlah apabila Kaamatan dirayakan,” katanya.
Menurut Abidin, perayaan ini melangkaui semua batas perbezaan di kalangan masyarakat, dan sesuai dengan Tema Kaamatan pada tahun, sesungguhnya perayaan ini melangkaui aspek keterjaminan makanan.
“Hal ini amat penting sekali kerana ia seiring dngn komitmen kerajaan untuk menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi.
“la juga mengingatkan para petani untuk sentiasa berusaha meningkatkan hasil bukan sahaja padi tetapi apa sahaja jenis pertanian yang diusahakan.
“Keterjaminan makanan juga mengingatkan para petani supaya bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang dilalui sebagai petani,” katanya.
Tambah beliau, maka itu sebabnya kerajaan mengujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah untuk memastikan keterjaminan makanan sentiasa pada tahap mencukupi.
Abidin yang juga Adun Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya dan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Matan dan Kituntul Lama Tahun 2024 yang diadakan di sini baru-baru ini.
Sementara itu, beliau juga mengajak penduduk di kedua kampung iaitu Kg Kituntul Lama dan Kg Matan untuk terus menerus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan GRS supaya agenda kerajaan dapat dilaksanakan dengn licinnya.
“Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri akan tetap komited dalam menuntut 40% daripada kutipan bersih yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan kerana ini adalah hak kita.
“Kerajaan negeri seiring dngn Persatuan Peguam Sabah (SLS) dalam menuntut hak 40% yang sekarang sedang didengar di Mahkamah Rayuan.
Berkenaan isu Pengujudan JKDM pula, kita mengulangi pendirian kita untuk tidak bersetuju dengan pengujudan JKDM kerana ia bercanggah dengan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Negeri Sabah. As simple as that,” tegasnya.
Turut Hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan Hishamudin Harun, Ketua Daerah OKK Muhasip Hj Rauman, Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Pemaju-Pemaju Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan lain-lain.