27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

KAAMATAN LANDASAN PERKUKUH PERPADUAN KAUM : ROBERT

Robert (dua dari kanan) bersama AJK Penganjur dan orang ramai menyaksikan persembahan pada majlis itu.

KENINGAU : “Kaamatan Membudayakan Perpaduan” merupakan tema yang dipilih kerajaan pada tahun ini yang dilihat amat bertepatan dengan konsep Salam Maju Jaya atau Malaysia Madani.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik berkata, tema ini ternyata jelas menjurus kepada perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum kerana, warga kampung bukan sahaja dapat berkumpul bersama-sama malah ianya juga sekaligus memastikan adat budaya tradisional peninggalan turun temurun terus terpelihara.

“Amalan ini perlu terus dijadikan sebagai budaya dalam kalangan masyarakat Sabah yang sememangnya terkenal dengan suasana kehidupan yang harmoni dalam pelbagai lapisan masyarakat majmuk,” katanya.

“Pesta Kaamatan adalah merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “BAMBAZON” iaitu semangat padi,”

“Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman-berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai musim menuai padi, selain merupakan tanda kesyukuran dalam mengharapkan rezeki yang bertambah baik dan lumayan,” beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Buang Sayang Tahun 2023.

Robert yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, Pesta Kaamatan merupakan landasan yang baik untuk mendedahkan kesenian dan kebudayaan kaum bumiputera Sabah kepada masyarakat setempat mahupun yang berasal dari luar Sabah.

Menurutnya,sudah pasti aktiviti-aktiviti kebudayaan seumpama ini sekaligus membolehkan para penduduk lebih memahami budaya tempatan di negeri ini.

Selain itu, penganjuran Pesta Kaamatan ini juga akan dapat mengekalkan dan memelihara kebudayaan kaum bumiputera Sabah agar tidak hilang ditelan zaman, kerana khazanah sesebuah aset yang amat penting bagi sesuatu kaum.

Tambah Robert, sekiranya khazanah sesuatu kaum hilang, maka hilanglah indentiti kaum tersebut justeru, setiap orang khususnya golongan generasi muda harus mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri supaya setiap amalan budaya tradisional akan terus kekal menjadi tradisi kepada generasi akan datang.

Jelasnya lagi, Mewarisi tradisi kaum tersendiri bukan bermakna bersifat kolot atau berfikiran lama, tetapi merupakan salah satu perkara yang perlu dibanggakan dengan kebudayaan kaum sendiri untuk memeliharanya sampai ke generasi yang seterusnya.

Dalam pada itu, Robert berharap semoga dengan berlangsungnya Pesta Kaamatan ini akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan semangat cintakan amalan budaya tradisional di kalangan penduduk Kampung dan warga sekitar secara keseluruhannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN