Asmadi menerima bantuan SYABAS yang disampaikan oleh Arifin (dua dari kanan).
usahakan untuk selesaikan tahun ini kalau tak sempat, kita selesaikan awal tahun depan,” tambah beliau.
Bagi usahawan takoyaki dan kuih muih, Hibanah Syazwani Hibatur Rahman, 27, dari Kg Binsulok, bantuan yang diterimanya amat membantu perniagaan yang diusahakannya bersama suami sejak enam tahun lalu.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi sumbangan ini dan membantu perniagaan kami dan membuat pusingan modal untuk masa akan datang,” kata Hibanah Syazwani yang juga ibu kepada dua anak.
Nada sama turut diluahkan oleh usahawan minuman, Asmadi Olah, 31 yang berniaga tiga jenis air balang sejak 2018 untuk menyara keluarganya.
“Saya berniaga di tamu, tapi kalau hari biasa saya menjual air balang di tepi Jalan Kampung Mandangin sawah padi.
“Tentang bantuan ini saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana membantu kami peniaga kecil ini di bawah program SYABAS, sekurang-kurangnya dapat membantu kami dalam perniagaan kecil kami rolling modal dalam perniagaan,” ujarnya. -Penerangan-



