28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPV terima 103 permohonan penyembelihan haiwan korban

GAMBAR: Dr Marysia James Abe

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Wilayah Persekutuan Labuan menerima sebanyak 103 permohonan penyembelihan haiwan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada Jumaat.

Pengarah JPV Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Marysia James Abie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 ekor membabitklan lembu, manakala 28 ekor merupakan kambing.

“70 peatus aktiviti penyembelihan akan dijalankan di pusat penyembelihan JPV Labuan, manakala 30 peratus lagi akan dilaksanakan di masjid dan surau” katanya di sini pada Khamis.

Beliau turut menjelaskan semua penyembelihan korban diwajibkan mendapat surat permit penyembelihan yang sah daripada JPV.

“Pihak kami akan memastikan aktiviti penyembelihan ibadah korban mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Dalam perkembangan yang lain Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli akan menyembelih sebanyak 7 ekor haiwan korban membabitkan 6 ekor lembu dan seekor kerbau.

Rozman berkata, enam ekor lembu korban akan disembelih pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha (Sabtu) dan daging korban lembu berkenaan akan diagig-agihkan kepada umat Islam yang kurang berkemampuan di sekitar Labuan.

Manakala sekor lagi merupakan kerbau korban akan disembelih pada Jumaat untuk dimasak dikediaman rasminya di Jalan Tenaga sebelum dagingnya diagihkan kepada ahli keluarga dan rakan taulan terdekat yang meraikan Hari Raya Aidiladha.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN