25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPKK FIMINTA SEDIAKAN PROFAIL KAMPUNG BAGI MEMUDAHKAN KERAJAAN SALURKAN BANTUAN

GAMBAR…Kelihatan Abu Bakar menyerahkan profail dari 19 buah kampung di DUN Lamag kepada Penolong Pegawai daerah Pentadbiran Pejabat daerah Kinabatangan Halidun Salleh yang turut disakikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Willy Lampaki .

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Dato’Sri Bung Moktar Radin ( gambar) mahukan setiap kampung khususnya di kawasan dewan undangan Negeri Lamag yang beliau wakili memiliki profail kampung masing-masing.

Katanya,keperluan tersebut selari dengan keperluan semasa dimana pemimpin di peringkat akar umbi terutama Pengerusi Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu seiring dengan pelaksanaan dasar kerajaan bagi memudahkan kerajaan dan wakil rakyat menyalurkan bantuan dari aspek pembangunan,kebajikan keselamatan dan lain-lain

“Seranan kerajaan ini bukan perkara baharu namun kurangnya tindakan proaktif dari Pemimpin akar umbi seperti (JPKK) dan tidak mengemaskinikan data dari masa ke semasa menyebabkan kerajaan dan pemimpin tidak mendapat maklumat yang tepat untuk menyalurkan apa juga bentuk bantuan dan sebagainya kepada kampung yang terlibat menyebabkan ada golongan yang terciir ” katanya ketika ditemui di sini.

Bung yang juga wakil rakyat kawasan Lamag berkata, profail kampung ini penting bukan sahaja dapat mengetahui jumlah golongan yang memerlukan bantuan, tetapi juga membolehkan maklumat ini akan digunakan untuk wakil rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menyampaikan sumbangan dan bantuan termasuk dari aspek keselamatan.

“ Setakat ini saranan saya bagi kawasan Dun Lamag mendapat maklum balas yang positif dari pengerusi JPKK di kawasan ini dan perkara ini akan diperluaskan di kawasan Parlimen Kinabatangan” katanya

Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Lamag Abu Bakar ketika ditemui berkata sebanyak 19 buah kampung daripada 24 buah kampung di DUN Lamag telah pun menyediakan profail kampung mereka masing-masing

“ Hari ini bagi menyahut seranan wakil rakyat di kawasan ini ,kita telah menyerahkan sebanyak 19 buah profail kampung sementara 5 buah kampung masih belum mengemukakan profail kampung mereka dan berharap ianya akan diambil tindakan segara oleh JPKK yang terlibat ” katanya ketika menyerahkan profail kampung bagi DUN Lamag di Pejabat Daerah Kinabatangan kemarin

Penyerahan tersebut di terima oleh Penolong Pegawai daerah Pentadbiran Pejabat daerah Kinabatangan Halidun Salleh yang turut disakikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Willy Lampaki ,Penyelia Pembangunan Masyarakat DUN Lamag Shopian Nasir Pemaju Mukim Bukit Garam Zalina Zalmi Wong dan Pemaju Mukim Kota Kinabatangan Jainol Ahmad

“ Saya berharap bagi kampung kampung yang belum menyerahkan profail kampung agar dapat mengambil tindakan segara dan mengemukakan kepada pejabat Daerah dan juga ke pejabat UPPM Dun Lamag” tambah Abu Bakar

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN