25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan Yasin sampaikan sumbangan kepada 108 golongan asnaf

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Seramai 59 golongan asnaf dari kampung Pahu dan 49 lagi dari kampung Kibbas di sini, menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin (gambar)

Jonathan yang  juga Ahli Parlimen Ranau  menyampaikan sumbangan tersebut pada majlis Santai Bersama Penduduk yang diadakan secara berasingan di dua buah kampung itu baru-baru ini.

Manakala di kampung Kibbas juga Jonathan turut meluluskan peruntukan dana berjumlah RM10 ribu kepada tabung Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan RM10 ribu lagi untuk menaiktaraf tapak rekreasi kampung berkenaan.

Jonathan dalam ucapanya turut menasihatkan penduduk agar mengamalkan kebersihan diri terutama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini belum berakhir.

“Kita di Sabah masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai antara usaha mengekang pandemik tersebut.

“Kita jaga kita, keluarga, komuniti dan negara kita,” katanya.

Rakyat katanya, perlu sedar kepentingan mematuhi SOP seperti mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara individu, memakai pelitup muka, sering membasuh tangan dengan air sabun atau sanitizer dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang).

“Itulah antara SOP sebagai benteng kita agar terhidar daripada pandemik tersebut yang kini masih menjadi menular seluruh dunia,” tambah Jonathan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN