GAMBAR: Jonathan (tengah) sedang menjamu selera bersama kakitangan pejabat Parlimen Ranau.
0leh: Salwah Aramat
RANAU: Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri (3 Syawal), yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau, disertai Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin meriah meskipun ianya diadakan secara sederhana.
Meskipun masih terikat dengan pematuhan Standard Operasi Prosidure (SOP) berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia namun, tidak menghalang kakitangan pejabat itu untuk mengadakan majlis tersebut.
Sebahagian Staff Pejabat Parlimen yang hadir merakam gambar kenangan.
Menurut Jonathan ketika ditemui, memuji kakitangannya kerana berjaya mengadakan majlis seumpama itu dengan penuh toleransi serta berdisiplin dengan pematuhan SOP.
“Walau apapun situasi yang kita hadapi masakini, kita haruslah bersabar dan berhati-hati dengan wabak Coronavirus yang masih melanda pada musim ini”, jelasnya.
Majlis tersebut berakhir dengan, sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran ke 70 tahun oleh salah seorang staff pejabat Parlimen Ranau, Saiki Suanti yang turut dirai Jonathan Yasin pemimpin prihatin dan berwibawa.