28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JKM Labuan alukan sumbangan swasta dan korporat

Oleh: JD

LABUAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan (JKM) mengalu-alukan sumbangan pihak swasta dan badan korporat bagi membantu rakyat di pulau ini yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID 19.

Pengarahnya, Ansharey Matarsad berkata, JKM yang diberi tanggungjawab sebagai badan penyelaras bantuan makanan sepanjang PKP COVID 19 dilaksanakan mengharapkan lebih ramai penyumbang tampil menghulurkan bantuan makanan untuk diagihkan kepada golongan sasar yang terjejas dengan COVID 19.

SERAH…Andy Yong (dua kanan) menyerahkan bantuan keperluan harian kepada JKM, pagi Jumaat.

“Saya amat berterima kasih kepada mana-mana penyumbang samada individu, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta mahupun syarikat korporat yang telah banyak memberikan sumbangan bagi membantu JKM melaksanakan misi bantuan kepada mereka yang terkesan dengan COVID 19”.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan makanan sumbangan daripada Syarikat Yuwang Trading yang diadakan di bangunan JKM Labuan, di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu Pengurus Syarikat Yuwang Trading, Alex Lee menyerahkan sebanyak 100 kit makanan kepada JKM untuk diagihkan kepada golongan sasar dan petugas barisan hadapan jabatan itu yang terdiri daripada anggota Sukarelewan Malaysia (RELA), JKR dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang telah membantu dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar di sekitar Labuan.

Asharey berkata, dengan adanya sumbangan tersebut ia bukan sahaja dapat meringankan beban kepada golongan sasar yang terjejas dengan COVID 19 tetapi ia juga sebagai tanda sokongan mereka dalam membantu kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan sepanjang pendemik COVID 19.

KIT MAKANAN….Alex (tengah) ketika menyerahkan kit bantuan makanan kepada Ansharey (tiga dari kanan) untuk diagihkan kepada gologongan sasar dan anggota barisan hadapan petugas JKM.

Menurut Asharey sehingga kini pihaknya telah menerima seramai 4,200 permohonan bantuan bakul makanan dan daripada jumlah itu seramai 1,800 telahpun menerima bantuan tersebut yang dihantar terus ke rumah penerima melalui anggota barisan hadapan JKM.

Sementara itu, Alex berkata sumbangan sebanyak 100 kit makanan berbentuk keperluan harian merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan khususnya ketika berdepan dengan krisis COVID 19.

Alex berkata, pihaknya bersedia untuk terus menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan sambil menambah ketika ini pihaknya juga sedang dalam persiapan akhir untuk menyiapkan bantuan fasa ke dua yang akan di serahkan kepada JKM.

Selain Syarikat Yuwang Trading, turut menyerahkan sumbangan yang sama ialah Pertubuhan Mutiara Labuan Charity (MLC) yang menyumbang sebanyak 100 kit makanan. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi MLC, Andy Yong. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN