AMANAT..Jafry ketika menyampaikan amanat kepada jentera parti semasa perjumpaan di salah sebuah PDM di DUN Sukau .
KINABATANGAN : Jentera Barisan Nasional (BN) /UMNO di bahagian ini sudah berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi apa jua perubahan politik dan juga pilihan raya negeri (PRN)
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Arifin berkata pelbagai isu berkaitan pilihan raya negeri dibincangkan pada perjumpaan dan sesi taklimat beliau dengan jentera BN khususnya di kawasan DUN N.59 Sukau .
” Saya bersama kepimpinan bahagian telah pun selesai melakukan lawatan ke semua PDM di DUN N. 59 Sukau. Secara umumnya Jentera UMNO / BN telah bersiapsiaga untuk menghadapi PRN kali ini” katanya ketika ditemui selepas mengakhiri lawatan PDM Sukau baru baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Operasi Pilihanraya Merangkap Setiausaha Umno Bahagian Kinabatangan Wan Daut Haji Kahar , Setiausaha Wanita Umno Sabah merangkap Ketua Wanita Umno Bahagian Kinabatangan Hajah Aminah Haji Johan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan Kurniawan Naim Moktar
Menurut Jafry yang juga Setiausaha UMNO Sabah semangat jentera baik diperingkat pergerakan wanita,pemuda dan Puteri berada ditahap yang tinggi dengan gerak-kerja yang dilakukan termasuk persediaan di markas markas Pusat Daerah mengundi .
” Dari pemantauan yang kita buat tahap persediaan mereka kini ditahap 90 peratus hanya menunggu semboyan dibunyikan untuk mereka bergerak sepenuhnya ” jelas Arifin.
Menurut beliau tiada maknanya slogan “lawan tetap lawan” dilaungkan jika masih belum ada sebarang persediaan termasuk penyusunan jentera pilihanraya dan dalam hal ini katanya BN/UMNO jika diberikan peluang bertanding di kawasan itu tidak menghadapi sebarang masalah mengerakan jenteranya.
Sebelum ini Ketua UMNO Sabah Dato’ Sri Bung Moktar telah mengumumkan nama Jafry sebagai calon UMNO /BN untuk mewakili DUN Sukau dalam PRN kali ini .
Menurut Jafry lagi walaupun dalam keadaan tidak tentu soal PRN ini jadi atau tidak, bila berlaku dan sebagainya, mereka sudah ada perancangan-perancangan, idea-idea dan isu-isu yang hendak dibawa dan isu-isu pecahannya mana mengikut kawasan mana dan sebagainya.
“Saya cukup teruja melihat persiapan yang telah pun dibuat dan saya rasa semuanya adalah hasil semangat perjuangan UMNO yang cukup besar di kalangan pemimpin-pemimpinnya di Sabah khususnya di bahagian ” katanya
Dalam perkembangan yang berkaitan, tambah Jafry antara perkara yang akan dibawa oleh jentera BN/ UMNO Sabah secara keseluruhan kelak adalah menjurus kepada kegagalan mengurus ekonomi oleh kerajaan negeri dan sistem penyampaian bantuan yang tidak terurus.
“Di sini kita boleh lihat perbandingan pentadbiran yang lebih terurus, pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman dan pentadbiran yang saya rasa lebih telus dari segi penyampaian-penyampaiannya yang kita bezakan dengan kerajaan negeri” tambah Jafry
CAPTION
A. SERAH..Jafry menyerahkan papan tanda marllas kepada Ketua PDM kampung Tidung semasa lawatan tersebut.