ADVERTISEMENTspot_img

Jauteh dahului penerima Anugerah Kecemerlangan

CP Datuk Jauteh Dikun (kanan) menerima Anugerah Kecemerlangan 2024 disampaikan Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail


KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun, mendahului penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 Bagi jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Peringkat Negeri Sabah.

Anugerah disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dalam satu majlis berprestij malam tadi, di The Magellan Sutera Resort, di sini.

Penerima lain terdiri SAC Datuk Abd Rahman bin Ishak, Ketua Cawangan Khas Sabah, serta 27 penerima lain terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Kontinjen Sabah.

Berucap dalam majlis tersebut, Saifuddin berkata, majlis anugerah kecemerlangan yang diadakan setiap tahun merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen, integriti dan kecemerlangan kerja para penjawat awam di bawah naungan KDN.

Katanya, kecemerlangan wajar dijadikan inspirasi kepada seluruh warga KDN agar terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

“Saya percaya, dengan semangat seperti ini, kita mampu memperkukuhkan keselamatan dalam negeri

“Selain itu dapat mempertingkat penyampaian perkhidmatan dan terus memperkasa agenda reformasi serta tata kelola terbaik dalam KDN”, katanya.

Pada Majlis tersebut, Saifuddin turut menyampaikan Sijil Khas Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023 kepada 4 penerima, dan dua daripadanya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah iaitu Koperal Rusdi bin Sakirani dan Koperal Wilfred Wenceslaus.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Tinbalan – Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Pengarah – Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi di bawah KDN.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN