27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JaPen Ranau beri penerangan ancaman Coronavirus.

Oleh : SALWAH ARAMAT

RANAU : Jabatan Penerangan (JaPen) daerah ini, ‘turun padang’ memberi penerangan kepada orang ramai berhubung bahaya Novel ‘Coronavirus’ dan cara pencegahannya menerusi program ‘Info On Wheel’ (IOW)

Pegawai Penerangan Daerah Ranau, Yaacob Bin Hamud, memberitahu penduduk perlu mengetahui bahaya virus itu yang dipercayai bawaan pelancong dari China.

Yaacob (dua kanan) dan Sabri (kiri) menyerahkan risalah kepadapara pekerja Supermarket Bataras Kundasang.

“Walaupun di Sabah belum ada laporan mengenai virus itu namun usaha berjaga-jaga harus diambil perhatian dengan lebih awal”, jelas Yaacob ketika ditemui semasa mengadakan hebahan umum sekitar Ranau dan pekan Kundasang.

Sempena program itu, turut disampaikan edaran bahan-bahan penerbitan berkaitan wabak Coronavirus kepada orang ramai.

Salah seorang pemilik premis (kiri) menerima risalah disampaikan

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China.

WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.

“Virus baru itu adalah koronavirus, yang merupakan keluarga yang termasuk selsema biasa, dan virus seperti Sars dan Mers. Virus baru ini buat sementara waktu dinamakan sebagai “2019-nCoV.” Kata WHO – T A M A T-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN