28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JaPen Labuan tubuh enam Komuniti Keluarga Malaysia (KKM)

GAMBAR: BASHIR (dduduk kanan), Ab. Rasil (duduk kiri) bersama Pengerusi-Pengerusi Subzon KKM yang baru dilantik

LABUAN: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan telah menubuhkan enam  Komuniti Keluarga Malaysia (KKM).

Majlis pelancaran penubuhan gerakan sukarela  yang akan  bertindak sebagai  rakan strategik Jabatan Penerangan  Malaysia  itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias di bilik mesyuarat JaPen, di sini pada Selasa.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Wilayah Persekutuan  Labuan, Ab. Rasil Hajatil.

Enam  KKM yang dipecahkan kepada subzon itu ialah KKM Subzon 1  merangkumi kawasan bandar, Kampung Gersik/Saguking, Batu Arang, Kampung Pantai dan Kerupang/Negalang, manakala KKM Subzon 2, meliputi kawasan Kampung Rancha-Rancha, Patau Patau 1, Patau-Patau 2, Sungai Keling dan Kampung Sungai. Bangat.

Sementara itu KKM Subzon 3 terdiri daripada  Kampung Belukut, Bebuloh, Sungai Miri/Pagar, Sungai Lada dan Kampung  Sungai Buton. 

KKM Subzon 4 pula  terdiri daripada   Kampung Sungai Labu, Layang-Layangan, Sungai Bedaun, Bukit Kalam dan Kilan/Pulau Akar.

Bagi KKM Subzon 5, terdiri daripada  Kampung Durian Tunjong, Lajau, Tanjung Aru dan Bukit Kuda serta KKM Subzon 6, merangkumi Kampung Pohon Batu, Ganggarak, Lubok Temiang dan Batu Manikar.

Pada majlis itu, Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan turut mengumumkan pelantikan enam Pengerusi Subzon  KKM  yang diberi tanggungjawab mengurus dan mentadbir setiap subzon yang diwujudkan.

Mereka terdiri daripada Sukimin Wakimin (Subzon 1),  Musa Basman (subzon 2), Yusof Dahlan (Subzon 3),  Sudin Samad (Subzon 4), Jainudin Djimin (subzon 5) dan Mohd Dzulfaizal Abd. Manan (Subzon 6).

Terdahulu Bashir dalam ucapannya berkata, KKM ditubuhkan bertujuan menerapkan nilai-nilai Keluarga Malaysia, semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan komuniti setempat.

“Selain itu, KKM mampu membantu dalam usaha menangani isu berita palsu disamping membantu memajukan masyarakat dalam sosio ekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JaPen Labuan, Ab. Rasil Hajatil berkata, JaPen akan sentiasa membantu program-program KKM di peringkat lapangan dari segi khidmat nasihat dan peruntukan kewangan selain  meningkatkan kerjasama dengan agensi lain bagi membantu rakyat memahami aspirasi dan inisiatif kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN