27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JaPen Labuan terus mainkan peranan bantu masyarakat perangi pandemik COVID 19

SIMBOLIK… Supian (kanan) bersama Timbalan Ketua Polis Labuan, DSP. Mohd Ibrahim Mohd Ghani dan Pengerusi MPP Zon Labuan  menunjukan risalah mengenai  maklumat SOP Pendamik COVID 19 sebelum diedarkan kepada pengguna jalan raya.

LABUAN: Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan terus memainkan peranan  menyebarluaskan maklumat-maklumat yang penting bagi membantu masyarakat memerangi pandemik COVID-19.

Pengarahya Supian Musa berkata, usaha-usaha tersebut akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain dan pemimpin masyarakat.

“Hari ini kita bersama Polis Diraja Malaysia melaksanakan program edaran bahan penerbitan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai prosedur operasi standart (SOP) COVID-19 dan juga pembudayaan norma baharu yang perlu diamalkan oleh setiap masyatakat.

“Selain membuat hebahan melalui Info on Wheels (IoW), kita juga menggunakan bahan-bahan penerbitan JaPen bagi memberi kepada masyarakat gambaran bahawa SOP ini bukannya ingin membebankan tetapi hanya untuk memerangi COVID-19 itu sendiri,” katanya semasa ditemui selepas membuat edaran bahan penerbitan JaPen di Sekatan Jalan Raya Jalan Tun Mustapha, di sini, pada Khamis.

Dalam program tersebut turut diedarkan bahan penerbitan mengenai Proklamasi Darurat bagi memberi pemahaman kepada rakyat tentang tujuan serta kepentingan darurat itu dilaksanakan dalam suasana pandemik COVID-19.

Terdahulu, JaPen Labuan telah menyerahkan bahan-bahan penerbitan berkaitan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan (JKM) Ansharey Matarsad untuk dimasukkan ke dalam pek bantuan bakul makanan yang diselaraskan oleh JKM Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN