27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JANS Komited Atasi Masalah Air

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) terus berusaha mengatasi masalah air di Sabah.


Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata JANS sentiasa berusaha keras dalam memastikan masalah air diatasi terutamanya berkenaan tekanan air (waterpressure).


“Secara logiknya, bila ada permintaan tinggi memanglah ada kekangan sedikit bekalan air.


“JANS kini sedang berusaha keras untuk membuat water pressure balancing dan ada tempat yang tekanan airnya agak tinggi manakala ada tempat yang mungkin tekanan air nya rendah.


“Oleh sebab itu, jurutera air dengan juruteknik membuat water pressure balancing agar tekanan air tu dapat dikongsi bersama tapi air ni adalah fluidmechanic jadi memerlukan sedikit masa dan kesesuaian untuk melakukannya.


“Satu cabaran kita adalah kita mempunyai banyak paip lama yang berisiko pecah apabila tekanan berubah-ubah dan juga mungkin disebabkan oleh kerja pembinaan yang mana apabila ada berlaku pengorekan ada paip terganggu lalu pecah.


“Saya juga menerima pelbagai aduan masalah air dan sebagaimana yang kita semua sedia maklum, JANS begitu bekerja keras untuk memotong sambungan haram air dan ianya membuahkan hasil namun demikian ianya tidak berhenti begitu sahaja, ia harus terus dilakukan”, katanya.


Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa ditemui media dalam satu majlis anugerah pelajar cemerlang di sini, pada Sabtu.

Beliau turut menyatakan keadaan air di Kota Kinabalu agak stabil walaupun terdapat beberapa kawasan yang mengalami gangguan tekanan air rendah.


“Pada masa sekarang, keadaan air di bahagian Kota Kinabalu Utara kawasan Sepanggar agak stabil cuma di sebelah Bandaraya Kota Kinabalu secara umumnya agak stabil tetapi ada sedikit gangguan kawasan hujung yang mengalami tekanan air rendah. 


“Itulah apa yang saya katakan pada awal tadi JANS cuba melakukan waterpressurebalancing dan ini bukan dilakukan sekali tetapi dilakukan secara berterusan sehingga keadaan air pulih ditambah lagi dengan pelaksanaan pelan jangka panjang JANS,” tambahnya.


Shahelmey turut menafikan laporan salah satu akhbar yang mana tajuk pada akhbar berkenaan seolah-olah beliau menyalahkan kehadiran pelancong sebagai punca masalah air di Sabah.


“Kalau baca di laporan salah satu akhbar, apa yang dilaporkan adalah seperti yang saya nyatakan cuma tajuknya tu seolah-olah saya menyalahkan kehadiran pelancong.


“Maksud saya bila ada kehadiran orang ramai jadi permintaan meningkat bukan bermaksud saya salahkan kehadiran pelancong bahkan kita mengalu-alukan kedatangan pelancong,” tambahnya lagi.- PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN