26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jangan jadikan perbezaan fahaman sebagai pemisah perpaduan, persaudaraan: Jonathan

HADIRā€¦ Datuk Jonathan (dudukĀ  tengah) bersama penduduk dan rombongan.

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyeru rakyat supaya tidak menjadikan perbezaan fahaman budaya, politik dan agama sebagai pemisah perpaduan dan persaudaraan kaum.

Menurutnya berbezaan perjuangan politik, fahaman agama atau kaum perlu dielakkan, sebalikknya dijadikan sebagai landasan serta asas mewujudkan persaudaraan serta keharmonian yang berkekalan.

Datuk Jonathan menjelaskan demikian ketika berucap pada
majlis  Sambutan Raya, Kaamatan, Hari Ibu Bapa dan Warga Emas Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kg.Kibbas terletak 3 kilometer dari pekan di sini, baru-baru ini yang cukup meriah dengan pelbagai acara serta kehadiran ramai  penduduk setempat.

Beliau menjelaskan tema perayaan Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan  Mongubasanan Pisompuruan’ (Kaamatan Membudayakan Perpaduan), perlu dihayati oleh rakyat negeri ini kerana ia mengajak agar bersatu padu mengekalkan keharmonian dan persaudaraan sedia terjalin.

Beliau memuji kepimpinan KRT Kg.Kibbas atas kejayaannya menganjurkan majlis tersebut yang dihadiri ramai penduduk tanpa mengira latarbelakang mereka.

Beliau berkata, perayaan  Pesta Kaamatan dan Hari Raya perlu dijadikan ruang dan peluang untuk memupuk perpaduan dan persaudaraan sekaligus mewujudkan keharmonian berkekalan dikalangan penduduk.

“Marilah kita jadikan majlis seperti ini sebagai landasan kukuh untuk mengekalkan persaudaraan tanpa membezakan latarbelakang kita”, tambahnya.

Terdahulu, Pengerusi KRT Kg.Kibbas, Meretha Jaudin dalam ucapannya mewakili penduduk dan ahli KRT merekam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombongannya daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

“Saya mewakili penduduk berima kasih atas kehadiran Datuk dan  rombongan meskipun sibuk dengan program lain namun sudi meluangkan masa untuk datang menunaikan jemputan kami”, jelas Meretha.

Beliau juga berterima kasih atas kehadiran penduduk khususnya para dermawan bagi membiayai kos penyediaan pelbagai untuk menjayakan majlis tersebut.

“Dengan adanya sumbangan daripada anda semua membolehkan majlis kita pada pagi ini telah berjalan dengan lancar dan teratur”, jelas Meretha sambil memaklumkan dalam masa terdekat akan mewujudkan KRT kedua di Kg.Kibbas iaitu ‘KRT Siba'(Bawah) untuk memberi peluang kepada lebih ramai penduduk kampung itu menikmati pelbagai kemudahan yang bakal disalurkan kerajaan setiap tahun.

“Kita akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan hal tersebut”, tambah Meretha.

Majlis tahunan itu telah diserikan dengan acara “Potong Kek’ Warga Emas,2 Sukaneka, Tarik Tali dikalagan penduduk dan pertandingan ratu Zandi Tavanus melibatkan peserta warga emas   dan Unduk Ngadau kategori kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Ketua Kampung Kg.Kibbas, Suali Doronsoi dan Pengerusi JPKK, Jorius  Aban.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 
,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN