TERHAKIS…Jambatan laluan harian ribuan pendun penduduk, bakal runtuh bila-bula masa
RANAU: Ribuan penduduk dari puluhan buah kampung sekitar Kg.Timbua 36 kilometer dari pekan di sini, melahirkan kebimbangan mereka berikutan kerosakan teruk jambatan berukuran 60 meter merentangi sungai Metuah.
Menurut penduduk, tebing jambatan berkenaan rosak teruk berikutan hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu, kini membimbangkan mereka termasuk warga sekolah SMK. Ulu Sugut Melinsau Ranau, penduduk Kg.Timbua, Kg.Wiha, Kg.Lobou, Kg.Tebut dan Kg. Merungin hinggalah ke Kg. Kaingaran Ranau.
Pembantu Pegawai Luar Parlimen P.179 Ranau, Mohd. Irwan Bin Suli yang turut menerima makluman berhubung kerosakan tebing jambatan itu memberitahu, akan menyampaikan aduan penduduk kampung terlibat ke pengetahuan pihak berwajib untuk tindakan pembaikan.

Irwan Suli
“Kita akan menyampaikan makluman kepada yang berkenaan berhubung perkara itu dengan harapan mendapat perhatian (pembaikan segera) demi keselamatan penduduk”, jelas Mohd. Irwan.
Beliau seterusnya menyeru penduduk supaya lebih berhati-hati dalam menghadapi dua situasi sekarang iaitu berjaga-jaga dengan keadaan cuaca tidak menentu terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah atau tepian sungai bagi mengelakkan banjir dan keadaan sekarang rakyat masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.
‘Rakyat seluruh Negeri Sabah masih dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
“Dengan sebab itu kita hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak itu yang sukar dilihat dengan mata kasar”,tambahnya.