26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAMBATAN BAHARU SIAP DIBINA, PENDUDUK MONSOK TENGAH TAMBUNAN TARIK NAFAS LEGA

SIAP…Jambatan Kg.Monsok

Oleh: Herry Kunjan

TAMBUNAN – Penduduk Kampung Monsok Tengah kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan yang telah lama dinantikan akhirnya siap sepenuhnya dan mula digunakan.

Kemudahan ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100 pengguna setiap hari, khususnya dalam urusan ke kebun dan pengangkutan hasil pertanian keluar dari kampung.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Monsok Tengah, Simon Sulom, mewakili seluruh warga kampung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Terima kasih Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, selaku wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 Tambunan atas keprihatinan seterusnya menyediakan peruntukan untuk membina jambatan di kampung kami

“Jambatan ini amat penting kerana menjadi laluan harian utama kepada penduduk. Sebelum ini, jambatan lama rosak dan tidak selamat digunakan,” katanya.

Garry Lewis

Menurut Garry, sebelum ini penduduk terpaksa meredah sungai, malah ada yang mempertaruhkan keselamatan nyawa ketika banjir.

Katanya, terdapat insiden dimana hasil pertanian penduduk yang hendak dipasarkan hanyut dibawa arus deras kerana kesukaran menyeberang sungai dalam keadaan banjir.

“Dengan siapnya jambatan baharu ini, penduduk tidak lagi perlu risau akan keselamatan ketika musim hujan dan banjir, sekaligus meningkatkan kesejahteraan dan ekonomi penduduk kampung

“Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, khususnya kepada Datuk Dr.Jeffrey atas usaha dan perhatian terhadap keperluan kami.

Tambah Garry, projek pembinaan jambatan ini merupakan antara inisiatif berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan asas di kawasan luar bandar terus ditambah baik demi keselesaan dan keselamatan rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN