30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAMAWI RAYU NGO DAN SEKTOR KOPRAT TAMPIL HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

SIMPATI..Jamawi ketika melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat penampatan sementara di Dewan Sk Chung Hwa Tenom.

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

TENOM: Bekas Wakil Rakyat Kawasan kemabong Jamawi Jaafar merayu orang ramai khusnsnya badan badan NGO dan sektor koprat di negeri ini tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini.

Menurut beliau air antara keperluan utama mereka yang terjejas banjir ketika ini ekoran dua loji penampis air yang sediada di daerah Tenom dan Kemabong tidak dapat beroperasi kerana ditenggalami oleh banjir selain bantuan-bantuan lain untuk meringankan beban mangsa yang terlibat

Menurut beliau segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada PKOB daerah di Pejabat daerah Tenom untuk diselaraskan kepada para penerima.

Dalam pada itu Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom ini meminta rakyat di kawasan Tenom khususnya di Kemabong agar bersabar dan tabah menghadapi fenoma banjir yang beliau anggap bencana terbesar di daerah itu tahun ini.

Katanya beliau sebati dengan keadaan banjir terutamanya di kawasan Kemabong bagaimanapun beliau menyifatkan banjir kali ini terburuk dimana banyak kampung di kawasan khususnya di kawasan Kemabong terputus perhubungan apabila kebanyakan jalan ditengalami oleh banjir sedalam 10 kaki menyebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terjejas di Pusat penampatan sementara.

“Pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah (PKOB) sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dan di harap mereka bersabar menunggu bantuan” katanya ketika di temui di sini selepas melawat dan mengagih-agihkan bantuan di beberapa buah kampung di sini kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kemabong Datuk Rubin Balang,Pegawai Daerah Tenom yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Sungkim Ramagun.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi SUDC bencana banjir kali ini merupakan cabaran terbesar bagi rakyat khususnya di daerah ini dalam keadaan negara masih berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu beliau meminta mereka yang terjejas agar mengutamakan aspek keselamatan dan berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.

“ Perkara utama selamatkan dahulu dokumen-dokumen penting sebelum berpindah dan apabila berada di pusat penampatan pematuhan kepada SOP seperti pakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan aspek kebersihan perlu diutamakan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN