26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JALINAN DAN JARINGAN PGBM-MPSBD PELBAGAIKAN GAYA KEPIMPINAN BIDANG STEM-NORDIN

Nordin (kanan) menyempurnakan Pertukaran sijil kunjungan hormat antara PGBM dan Puan Saliha bagi pihak MPSBD.


OLEH : Francis Andin

BRUNEI DARUSSALAM: Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah (PGBMNS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Majlis Pemimpin Sekolah Brunei Darussalam (MPSBD) sempena program Jalinan dan Jaringan dalam kalangan pemimpin sekolah.

Yang Dipertua PGBM Sabah Tuan Nordin Mohd Taip berkata tujuan kunjungan hormat tersebut antara lain merapatkan hubungan kepimpinan antara PGBM dan MPSBD melalui perkongsian amalan baik kepimpinan dalam memantapkan kualiti pengurusan Persatuan sedia ada.

Katanya melalui kunjugan hormat itu juga pemimpin bertukar-tukar pandangan dan intervensi peningkatan pengurusan sekolah dan prestasi khususnya dalam melaksanakan program bertaraf antarabngsa termasuk program yang dilaksanakan oleh PGBM Sabah iaitu STEM Exploration Camp yang dijadualkan pada akhir bulan November tahun ini.

“ Kita telah mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan bagi mengadakan program STEM Exploration Camp bertaraf antarabangsa dan salah satu syarat perlu penyertaan melibatkan sekurang-kurangnya 2 negara lain dan kita telah mendapat maklumbalas posiitf melalui kunjungan hormat ini kesediaan MPSBD untuk turut serta kelak”katanya.

Terdahulu rombongan Exco PGBM Sabah yang disertai kira-kira 30 pengurus sekolah diberi taklimat oleh Naib Yang dipertua MPSBD Puan Pengiran Hajah Rahmah Pengiran Haji Abas serba sedikit amalan baik kepimpinan dalam majlis Pemimpin Sekolah di negara Brunei.

Sebahagian pegawai Exco PGBM Sabah Malaysia dan MPSBD mengabdikan gambar sempena kunjungan hormat tersebut

Menurut Hajah Rahmah, MPSBD menyambut baik kunjungan PGBM Sabah dalam mempereratkan lagi hubungan silahturrahim antara pemimpin sekolah dalam usaha membawa sekolah berprestasi tinggi dan berdaya saing melalui perkongsian pembelajaran baharu era digital dan kreatif serta inovatif termasuk menyahut seruan dalam memperkasakan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian rekacipta dan Matematik (STEAM).

Terdahulu berucap dimajlis Jamuan Makan Tengahari MPSBD-PGBM Sabah , Pengarah sekolah-sekolah Puan Hajah Maina Chek Binti Bujang berkata, lawatan muhibbah PGBMNS ke Negara Brunei merupakan salah satu inisiatif sangat baik, sekaligus mengadakan kolaborasi dengan MPSBD terutama dalam kepimpinan bidang Pendidikan STEM.

Sehubungan itu, katanya jalinan muhibbah tersebut menjadi satu platform perhubungan antara kedua-dua buah negara dalam meningkatkan prestasi kualiti pendidikan yang mampan dan berdaya saing.

Turut hadir Pegawai Tugas-tugas khas Kanan Tuan Haji Matusin Bin Haji Jais , Setiausaha MPSBD Puan Rosmawati Mohamad, Puan Saliha Haji Tinggal, Tuan Alinormin Haji Omarali, Puan Sarimah Haji Lusin serta Ahli MPSBD.

Program dimeriahkan lagi dengan perkongsian pintar PGBMNS dan MPSBD, pameran amalan baik pelaksanaan STEAM , lawatan sekitar bandar Brunei,Jamuan makan malam dan sesi pertukaran sijil program Jalinan dan Jaringan Kunjungan Hormat tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN